Sebuah Catatan Ilmu

"Sebuah Memori Perjalanan Pencarian Ilmu di Dunia Ini"

Selasa, 11 Disember 2012

CInta Kepada Harta



Cinta Kepada Harta



Ditakdirkan bila kita punya harta sudah tentu kita akan laburkan atau gunakan harta itu untu kegunaan kita. Allah swt berkata dalam al-Quran :
 “ Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” [ Surah ali Imran  ayat 14 ]
Allah swt sebenarnya sayangkan kita. Allah mengetahui cinta kita kepada harta kerana kita takut kehilangan harta Allah swt berkata :
Ya Allah andai aku cinta kepada harta biarkanlah cinta itu mendapat pahala. Dengan harta yang aku gunakan untu kebaikan sudah tentu ianya akan mendapat keabaikan. Tapi bagaimana aku mendapat pahala dengan cinta kepada dunia yang boleh merapatkan dan mendapat cinta agung ilahi? Sudah semestinya aku gunakan harta itu untuk kegunaan kebaikan.
Gunakan untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Aku mesti gunakan harta itu untuk tujan halal makan, minum, beli keperluan harian yang halal. Tujuan pembelian tidak boleh membazir. Guna harta untuk membantu keluarga, menanggung ibu-bapa, anak-isteri. Dengan harta itu yang diguna itu akan mengalir menjadi darah daging dan keberkatan itu mulai muncul. Ya Allah indahnya apabila itu semuanya terjadi.
Walaupun begitu Allah melarang pembaziran kerana ia akan menyekat cinta dunia kita menjadi cinta kepada Allah seperti mana Allah berkata dalam al-Quran
“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. “[Surah Isra’ : ayat 27]

Bukan salah harta tapi salah perangai kita yang tamak kepada harta. Apablia kita banyak harta kita pula menjadi semakin tamak dan ketika itu  cinta dan motivasi kita mencari harta bukan lagi bertujuan untuk kegunaan halal bahkan ia bertukar menjadi pembaziran dan lalai.
Oleh yang demikian, Allah tahu tentang perangai diri kita yang sangat mencintai dunia. Kalau Allah tidak tahu sudah tentu ternafi sifat Allah yang maha mengetahui setiap isi hati manusia.

Ahad, 9 Disember 2012

Kesan Industrialisasi Terhadap Ekonomi Islam


Pendahuluan
Ekonomi Islam telah muncul pada abad yang ke 21 sebagai kuasa ekonomi yang berkembang.Dengan penubuhan bank dan syarikat yang mengamalkan muamalah islam mampu menggalakkan industri halal dunia.Namun demikian perkembangan ini adalah kesan daripada evolusi industri terhadap ekonomi islam.Ianya adalah termasuk di dalam pembangunan ekonomi .Ianya memberi kesan kepada perkembangan perubahan social buruh dan majikan .Perubahan daripada masyarakat petani kepada masyarakat industri telah memberi banyak kesan terhadap social , politik dan ekonomi sebuah masyarakat islam.Industri pembuatan telah banyak memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat islam.Dengan kilang-kilang yang banyak telah banyak memberikan ekonomi yang lebih baik daripada negara pertanian.Pada September 1992 , 28.5% pinjaman telah diperuntukkan kepada bidang pembinaan dan pembuatan[1] .
Malah negara maju telah lama menjalankan dasar industrialisasi .Hampir semua barangan di dunia kini adalah hasil dari industrialisasi .Dari bidang makanan , pertanian , pembuatan barangan rumah, kosmetik , pembinaan dan teknologi maklumat.Malah pertanian yang diamalkan di negara maju kini bersifat industrialisasi.Selepas perang dunia ke 2 negara barat telah pun menjadikan ekonomi sebagai asas kemajuan dan kerjasama, maka tertubuhnya EEC .Negara-negara OIC masih lagi digolongkan sebagai masyarakat pengguna.[2]
Sedangkan Andalus , Baghdad ,Kaherah dan Turki dahulunya merupakan kota-kota maju yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan . Muamalah islam pada ketika itu juga membicarakan aspek perindustrian .Kontrak Istisna’ diharuskan kerana terdapatnya pembuatan tekstil  pada ketika itu ,begitu juga pembinaan rumah dan kilang pembuatan[3] . Hampir keseluruhan hasil bumi adalah terletak di negara islam, dalam kajian pada sekitar tahun 60-an negara islam mengeluarkan 60% minyak mentah , 70% getah asli , 40% jute ,50% minyak sawit tetapi sebaliknya masyarakat islam adalah diantara masyarakat miskin [4].
Selepas perang dunia ke 2 masyarakat dunia melalui dasar perintah dan pecah telah menyerapkan fahaman demokrasi barat menggantikan demokrasi syura .Ekonomi kapitalis dan sosialis pula menggantikan ekonomi dan muamalah islam.Negara – negara islam yang kaya dengan sumber bumi telah dijajah pemikiran , ekonomi dan kuasa politik.Revolusi di Iran dan beberapa buah negara islam berjaya mengubah sedikit sebanyak keyakinan masyarakat dan pemerintah islam untuk lebih percaya kepada islam.Namun kelemahan ulama’ dan penyelidik islam tidak berupaya untuk mengemukakan cadangan yang relevan dalam menangani kemelut pertukaran dari pertanian kepada perindustrian.Maududi telah menyatakan masalah ekonomi boleh diselesaikan oleh islam melalui tiga cara[5]
Pertama , menggabungkan aspek ekonomi dengan segala aspek kehidupan masalah yang lain .Kedua , memperbaiki akhlak masyarakat .Ketiga , undang-undang syariah dan perlaksanaanya secara total dan berkesan amatlah penting dalam menjamin kebahagiaan masyarakat.Terdapat 6 buah negara yang telah menjalankan amalan industri pada zaman pemerintahan islam (system khalifah) .Morocco , Mesir , Al-Andalus, Iraq , Oman dan Anatolia merupakan contoh negara islam yang mengamal peridustrian sebagai aktiviti ekonomi utama.
Namun demikian adakah negara islam masa kini yang mampu mengamalkan dasar tersebut mengikut islam tanpa sebarang masalah social yang menimpa mereka.

Bab  Pertama:  Industrialisasi

Perkembangan Industrialisasi dalam Islam.

Al-Quran dan Industrialisasi

Quran merupakan perlembagaan yang mengatur manusia dan allah swt , manusia sesame manusia dan alam semesta sesame manusia. Oleh kerana industrialisasi adalah sebahagian daripada ekonomi manusia ianya perlu diatur mengikut acuan al-Quran[6]. Industrialisasi boleh didefinasikan sebagai hubungan pertumbuhan  antara bidang pembuatan dan sector ekonomi yang lain .Pertumbuhan ini mengubah menjadi ekonomi masyarakat yang dibina secara besar-besaran berasaskan kepada sector pembuatan daripada sector pertanian, buruh dan perniagaan[7]
Apabila industrialisasi diterima sebagai satu ibadah , ianya mesti disertai oleh prinsip-prinsip islam .Paling penting adalah industri perlu menjalankan aktiviti yang dibenarkan oleh islam dan ianya mesti menuju kearah kebaikan dan ketauhidan ,  bukan sahaja memajukan fizikal manusia bahkan kemajuan spiritual , mental dan moral perlu dipertingkatkan .
Al-Quran telah memperakui bahawa manusia telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mentadbir sumber yang telah dianugerahkan oleh allah hendaklah digunakan untuk tujuan kebaikan .Industrialisasi bukan hanya terhenti dengan kemajuannya bahkan semakin tinggi pencapaian industri maka ianya dirahmati oleh Allah dan mempunyai masyarakat yang mempunyai nilai , akhlak dan mental yang tinggi .Allah telah berfirman dalam Al-Quran : “Ingatlah (Hai para muhajirin ) ketika kamu masih berjumlah sedikit , lagi tertindas dimuka bumi (Mekah ) kamu takut orang-orang (Mekah ) akan menculik kamu maka Allah memberi kamu tempat menetap (Madinah) dan dijadikannya kamu kuat dengan pertolongannya dan diberinya kamu rezqi yang baik-baik agar kamu bersyukur.”[8]Firman Allah taala : “ Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya.”
Manakala sector industri menjadi kerja utama bagi rasul dan nabi-nabi firman allah ta’ala :”Telah kami ajarkan kepada daud membuat baju besi untuk kamu , guna memelihara kamu dalam peperanganmu “[9], “ Buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya “[10], “ Lalu kami wahyukan kepadanya “ buatlah bahtera dibawah penilikan dan petunjuk kami [11]
Ayat – ayat al-quran menyatakan sector pembuatan tekstil dan perindustrian besi .Nabi dan rasul telah menjadi pengurus untuk mentadbir buruh dan majikan .Firman allah ta’ala ,”Kami tundukkan angin bagi sulaiman yang perjalanannya diwaktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya diwaktu sore sama dengan perjalanannya sebulan dan kami alirkan cairan tembaga baginya dan sebahagian dari jin ada yang bekerja dihadapannya” [12]. .dan “ Berilah aku potongan –potongan besi hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak ) gunung itu berkatalah  zulqarnain : Tiuplah (api ) hingga apabila besi tiu sudah menjadi merah seperti api diapun berkata “ Berilah aku tembaga yang mendidih agar kutuangkan keatas besi panas itu [13]“.Alquran tidak menyatakan secara teliti mengenai industri Akan tetapi allah swt telah menyediakan rangka kerja dan plan tindakan.Ini adalah disebabkan , apabila islam memandang indentiti lebar dalam mendefinisi rangka kerja mengatur hubungan manusia.Manakala penelitian strategi dan pendekatan penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan diserahkan kepada kecerdikan manusia dan hubungkait dayausaha intelek dan keimanan yang allah berikan.Allah telah berfirman dalam Al-Quran “iaitu orang-orang yang mengingat allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berabaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langi dan bumi seraya berkata “ Ya tuhan kami tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha suci engkau maka peliharalah kami dari seksa neraka “[14].Banyak nilai dan prinsip untuk mengatur spiritual dan moral masyarakat telah dikenal pasti secara fizikal dan material dalam pembangunan yang boleh ditemui di dalam Al-Quran.
Al-Quran telah menggariskan beberapa keperluan dan kepenggunaan .Firman allah swt .” Sesungguhnya telah kami berikan kepada daud kurnia dari kami .Kami berfirman “hai gunung-gunung dan burung-burung , bertasbihlah berulang-ulang bersama daud “ dan kami telah melunakkan besi untuknya” [15],” kami alirkan cairan tembaga baginya “[16],”Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia , supaya mereka mempergunakan besi itu “[17],” allah telah menurunkan air hujan dari langit maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya maka arus itu membawa buih yang mengembang .Dan dari apa logam yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat –alat ada pula buihnya seperti buih arus itu .Demikianlah allah membuat perumpamaan bagi yang benar dan yang bathil”[18],
Daripada ayat di atas , allah swt menyatakan beberapa industri yang boleh membawa kepada ketamadunan , iaitu : .
1.0  Industri asas
1.1  Industri berasaskan makanan
Allah swt telah berfirman :”Sesungguhnya pada binatan-binatang ternak benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu , kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya “ 23:20-21 ,”Supaya mereka menyebut nama allah pada hari yang telah ditentukan atas rezqi yang allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak “ 22:28 , “Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah 78:14-16 ,”Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya” 80:24 ,”Maka terangkanlah kepada ku tentang api yang kami yang menjadikannya “[19]56:71,”allah menundukkan lautan agar kamu dapat makan daripadanya daging yang segar (ikan)”[20]
1.2  Industri pakaian
“Dijadikannya pula dari bulu domba , bulu unta dan bulu kambing , alat-alat rumah tangga dan perhiasan yang kamu pakai “[21],
2.0  Industri semi – asas
2.1  Industri isi rumah yang memenuhi keperluan dan keselesaan.
Produk-produk ini boleh meningkatkan produkviti dan untuk keperluan dan keselesaan .Seperti yang difirmankan oleh Allah swt .”bantal-bantal sandaran yang tersusun dan permaidani yang terhampar”[22]
2.2  Industri pengangkutan dan telecomunikasi
Ianya merupakan industri perkhidmatan , walaupun ianya bukanlah produk material tetapi ianya diperlukan untuk membangunkan industri yang lain.Allah swt telah berfirman : “Allah telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu berlayar dilautan dengan kehendaknya  dan dia telah menundukka pula bagimu sungai-sungai “[23]
2.3  Industri pertahanan
Allah swt telah berfirman “dan allah telah membuat suatu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram rezkinya datan kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat”[24]
3.0  Industri Mewah .
3.1  Islam membenarkan kesenangan untuk menikmati keselesaan hidup selagi mana tidak berlebih-lebihan , membazir dan menolak ketauhidan kepada allah swt .Selagi mana mereka bersyukur , tidak melupai hak orang lain dan tidak menentang syariah allah swt maka ianya dibenarkan oleh syara’ sepertimana firman allah swt .”Disyurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara”[25]

Pengalaman ketamadunan islam terhadap proses industrialisasi.
            Ketamadunan Negara-negara islam boleh dijadikan sebagai kajian kes dalam mengkaji proses industrialisasi dan modenasasi sekarang.Tamadun ini mempunyai hubungan dengan system nilai , kepercayaan dan pandangan dunia terhadap cabaran ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat sepanjang zaman.Pengkajian terhadap tamadun kegemilangan islam menonjolkan bagaimana ketamadunan islam lampau memberi kesan kepada ekonomi mereka .Konsep mereka adalah lebih mudah dari standart pencapaian yang digunakan pada masa sekarang.[26]
            Terdapat 6 buah Negara ketika itu yang berjaya memajukan bidang perindustrian
  1. Al-Maghrib.(kurun 10 – 14 )
Negara maghrib melipuri sebahagian utara afrika termasuk tripolitania , Tunisia , algeria dan moroko . Terdapat beberapa factor yang mempengaruhi kemajuan dan pembangunan al-maghrib ketika itu .
  1. Etika masyarakat yang cenderung kepada perdagangan dan perindustrian.Diantara sikap-sikap mereka boleh dijelaskan seperti berikut :
-          Memberikan penghargaan kepada penceburan di dalam bidang industri dan perdagangan.
-          Mereka tidak menyuka kualiti kerja yang rendah .
-          Mereka lebih berdikari dan ingin memperolehi pendapatan mereka sendiri tanpa bergantung kepada orang lain .
Juga disamping itu terdapat gerakan sufi yang kuat di almaghrib menunjukkan mereka tidak melupai kerohanian.Mereka menganggap bahawa perniagaan ibadah kepada allah swt.
2.Polisi Negara terhadap pembangunan industri.
-          Perindustrian bergantung kuat kepada sector pertanian , sector bahan mentah seperti galian dan industri besi .
-          Mempunyai pentadbiran yang baik untuk menjamin jaringan pentadbiran dinegeri.Seperti contoh terdapat Qadis yang mengatur dan memantau perjalanan syarikat perlombongan untuk menyiap produk dan projek dalam masa yang ditentukan .
-          Strategi Negara yang mempromosi kepada pekerja industi .Populasi pekerja makin bertambah dengan impak yang positif kepada perkembangan Negara.
4.0  Kemahiran tenaga kerja yang cekap
-          Disamping perkembangan milikan persendirian dan perindustrian . Pertumbuhan industri ini bergantung kepada keupayaan industri dan kemahiran pekerja.Tenaga kerja boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan :
                                                              i.      Tenaga mahir
                                                            ii.      Pekerja bersekutu yang bekerja secara mengikut projek
                                                          iii.      Tenaga kerja yang berpindah- pindah dari satu tempat kesatu tempat mencari perdagangan.
Keluaran Kasar Industri di Al-Maghrib
Industri
Pusat Pengeluaran
Produk
Nota
Tekstil
Tunis, Mahdiyah , Bunah , Bijayah Marakesh , Fez
Sutera , Fabrik ,Kain sulam, langsir, kain benang , kain kapas ,karpet
Terdapat peniruan dan inovasi dalam industri ini.
Permaidani
Sabtah , fez , marakesh , bijayah
Kertas tulis dan warna
Permintaan yang cukup tinggi untuk keperluan negara .
Kulit
Dar’ah , sijilmasah , sala , fez , banzart , tilimsan , azki , lumtah
Produk berasaskan kulit , lantai , alas ,selipar

Produk berasaskan kayu
Bijayah
Jambatan, bot, kapal ,masjid , istana

Minyak dan sabun
Sifaqis


Gula
Marakesh , Sala


Kaca
Nafzawah


Besi
Majanah
Perak

Besi
Tunis
marmar


Taza
Emas


Bijayah
besi


Mesir (kurun 10-15 )
Perdagangan dan industri khususnya semasa pentadbiran Fatimiyah telah dibangunkan sebagai pelabuhan industri pembuatan dan perdagangan.Dengan kelebihan sebagai pusat pertemuan diantara afrika , asia dan eropah menjadi kan sebagai pusat dunia ketika itu.Diantara perindustrian ketika itu adalah industri berasaskan pertanian .Industri kapas tekstil dan gula menjadi tumpuan .Malangnya dominant perdagangan Mesir ketika itu telah mula ditolak atas sebab manopoli , cukai , korupsi , terlampau yakin dengan produk import


Eksport dan Import Mesir
Eksport
Destinasi Eksport
Import
Destinasi Import
Tekstil
India
Rempah ,ubatan herba
India dan selatan india
Besi, perak

Porselin
Cina
Gula
Tanah arab, italic , perancis , german
Buah tropika

Arang batu

Periuk tanah
Yaman

Andalus (kurun 10 –13 )
Kurun ke – 10 merupakan kurun unggul bagi pemerintah Muslim di andalus , Era ini menunjukkan bagaimana terjadinya hubungan perdagangan diantara andalus , Negara muslim dan bukan muslim.
Oman (kurun ke – 6 – 12)
Oman terletak di kawasan yang strategic semenanjung arab .Juga ia terletak dilaluan kapal terdapat beberapa factor pembangunan industri yang mempengaruhi
  1. Oman telah memperkenalkan sector pertanian yang memberi sumbangan kepada ekonomi perdagangan dunia.
  2. Kedudukannya yang strategic terletak di laut utama dikawasan perdagangan.
  3. Penukaran khalifah ke Iraq menyebabkan focus perdagangan dari mediterinean kepada laut teluk dan laut India.
Industri Utama di Oman
Industri
Pusat Industri
Produk
Kraftangan
Suhar

Tekstil
Suhar
Fabric sutera dan kain brokad
Eksport dan Import Oman
Eksport
Import
Negara diimport
Mutiara
Ubat-ubatan
India , cina , tibet
Tekstil
Minyak wangi
Cina
Buah-buahan
Kunyit
India , afrika

Anatolia ( kurun ke 16-17 )
Anatolia lebih di kenali sebagai turki .telah membangunkan firma-firma sector pertanian.Walaupun begitu proses industrialisasi tidak menyebabkan kelumpuhan kepada  sector pertanian.Merupakan ketamadunan islam yang terakhir pada kurun ke 18 .Ketika itu bermulanya revolusi Industri .Anotolia terpaksa menghadapi cabaran dan persaingan antarabangsa dalam perdagangan dan perniagaan dengan lebih besar.
Industri Utama di Anatolia
Industri
Pusat Industri
Produk
Tekstil
Tire, Akcesehir,Aydin-Guzelhisar
Baju , kain kapas
Kraftangan 
Kayseri ,konya
Baju , permaidani
Kulit

Barang –barang yang disamak.


Bab Kedua : Kesan Terhadap Muamalah Islam .
Imam Nawawi dan khatib Syarbini diantara fuqaha’ syafie yang lahir di kurun 15 .Pada ketika itu , kegemilangan industri dan perdagangan telah menyebabkan beberapa perubahan di dalam hokum muamalah islam .
Perubahan hokum ini bukan sahaja melibatkan dalam ekonomi seperti perbankan tetapi ia juga melibatkan industri yang berkaitan dengan perubatan , makanan , pembuatan dan lain lain perkara yang melibatkan hokum hakam muamalah islam[27] .
Ekonomi Islam
Masalah-masalah baru dalam ekonomi seperti Insurans yang dibahaskan oleh para fuqaha’ telah memberikan kesan yang positif dalam mengislamisasikan system insurans konvensional kepada system insurans islam .Dengan penghapusan riba , gharar dan maisir berikutan penggantian kedua-duanya dengan mekanisma pelaburan (mudharabah ) dan tabarru’ telah memberikan konsep baru terhadap system social masyarakat islam .Kesan ini turut memberikan  ijtihad baru dalam insuran islam.Hasil ijtihad ini lahir hasil industri insuran yang berkembang pesat .Dengan adanya insurans islam maka lahirnya satu identity industri islam[28]
            Manakala system riba yang diamalkan oleh bank konvesional telah pun dihapuskan dengan konsep jualan produk dan perkhidmatan[29] .Ianya ternyata memberikan perkembangan kepada wujudnya industri-industri yang lain.Perkembangan ijtihad yang baru dalam menghapuskan riba telah menghasilkan industri perbankan islam yang bernafas baru .Produk dan perkhidmatan yang terhasil seperti BBA , al Ijarah ,

money
 
Mudharabah telah memberikan penulisan dan ijtihad baru dalam fiqh islam seterusnya memberikan industri perbankan islam yang baru.

Client

 

Bank

 
           


money + money (interest)
 


Rajah Sistem bank Konvensional






Rajah Sistem Bank Islam
Bai’e dayn telah pun ada dalam system muamalah islam .Ibn Qayyim adalah antara ulama’ yang memperkatakan tentang urusniaga ini.Industri telah memberi kesan kepada surah (bentuk ) bai’e dayn ini dijalankan .Bay’ al –Dayn merupakan satu daripada cara-cara yang digunakan dalam system perbankan islam di Malaysia .Cara yang digunakan dalam system perbankan islam di Malaysia bagi mewujudkan sumber-sumber kewangan yang diperlukan oleh unit-unit diatas melalui diskaun dokumen-dokumen dan surat-surat perdagangan unit-unit tersebut mengikut peraturan-peraturan tertentu .Dokumen –dokumen dan surat-surat- sekuriti yang membuktikan sabit hutang yang timbu daripada urusan perniagaan sahaja boleh diterima untuk transaksi pembelian hutang .Contoh konsep ini ialah seorang pengeksport (katakana a) mengeksport minyak kelapa sawit kepada Pembeli B dengan harga tertangguh RM 10 Juta dengan bayaran dalam masa tiga bulan A menyediakan dokumen-dokumen eksport termasuk bil pertukaran atau hak mengutip hutang yang membuktikan adanya hutang B kepada A sebanyak Rm 10 Juta dengan tarikh matang tiga bulan kemudian , yang diikrarkan oleh B .A menjual bil pertukaran itu kepada BIMB pada harga katakn RM0.6 Juta sehingga tarikh matannya .Ini bererti BIMB akan menerima bayaran daripada A sebanyak RM 10 Juta pada tarikh matangnya Bimb boleh juga menjualkan semula bil pertukaran tersebut kepada Pembeli C (katakana sebuah bank lain dengan harga katakana RM9.8 juta sebelum tarikh matang.Jika ini berlaku pembeli akan mendapatkan RM 10 Juta pada tarikh matang dariapada A.Sekalipun terdapat sesetengah ulama Fiqh menentang penggunaan instrument ini dalam kewangan islam.Namun hasil kajian kumpulan pengkaji instrument islam yang ditubuhkan oleh suruhanjaya sekuriti mendapati bahawa tiada bukti ijma ulama tentang penghraman bay al dayn sebagaimana dakwaan golongan tersebut bahkan amalan ini diharuskan oleh mazhab maliki .Amalan pembelian dan perniagaan hutang banyak diamalkan dalam perniagaan antara si pemiutang dengan bukan si penghutang dan antara mereka yang bukan sipemiutang dalam hutang-hutang berkenaan [30].

Kesan Industrialisasi Terhadap Pembangunan ekonomi islam.
Ekonomi islam didefinisikan sebagai pengkajian ke atas pencapaian al-falah manusia penggunan dan penguasaan sumber bumi diatas dasar koperasi dan penyertaan [31].Melalui dasar – dasar kerajaan menukar polisi ekonomi dari menyelesaikan masalah kekurangan keperluan.Akhirnya ianya berkembang menjadi sebuah Negara perindustrian dari semua aspek .Kemajuan yang dicapai bukan sahaja mengubah masyarakat tetapi ia juga turut memberi kesan kepada ilmu ekonomi islam.Revolusi perindustrian tidak terjadi di dalam dunia islam kerana atas sebab-sebab politik .Malah lebih ianya lebih bertepatan dengan teori ibnu khaldun .Mengikut ibn Khaldun terdapat pembinaan dan karektor sumber manusia iaitu:
  1. Karektor Badawi : Adalah dipermulaan dan asas kepada pembinaan dan pembangunan .Produksi pertanian yang ditemui sekitar oasis dan tiada pemilikan persendirian semuanya berkongsi berdasarkan kepada keluarga dan puak masing-masing . Formasi social ini mewujudkan sikap asabiyah .
  2. Karektor Tamadun : Ianya diselesaikan oleh komuniti urban dan produk perdagangan .Ianya diasaskan berdasarkan kepada pengaturan social .Pentadbiran awam dibawah jenis pemerintahan khalifah. Perluasan dan pembentukan tamadun diasaskan kepada Perdagangan urban , cukai awam , pertadbiran yang adil , mempunyai perdaganan yang baik dan diplomasi yang baik
Terdapat dua peringkat produksi yang boleh dihubungkaitkan kepada tiga peringkat formasi Negara
Siyasah aqliyah adalah fasa pertama yang boleh ditemui didalam pembangunan tamadun .Raja atau pemerintah boleh memindahkan kaum-kaum kepada satu tempat dibawah kepimpinannya.Keamanan akan tercapai melalui garisan produksi diantara oisis dan pusat perdagangan Bandar , kemudahan pertukaran modal dan perdagangan .Pertumbuhan populasi bandar juga akan bertambah.
Siyasah diniyah merupakan fasa kedua pembangunan oisis.Bandar menjadi titik pertemuan pedagang dan pemodal-pemodal yang kaya.Manakala Al-Quran dan sunnah pula menjadi undang-undang awam , regulasi , dan formasi social .Pengembangan syariah adalah berbentuk evolusi yang boleh dilihat dalam konteks perluasan perdagangan islam .Perdagangan orang islam , perniagaan telah menjadi lebar di dunia islam .Faraid sebagai bentuk pemilikan perkongsian sebagai jalan yang efektif kepada penyusunan dan penyelesaian masalah asabiyah.
Siyasah madaniah pula merupaka fasa terakhir kepada pembangunan urban apabila di keadaan Negara berasas kan Bandar mula bergoncang dan tiada kestabilan.Pimpinan pemerintah dan khalifah di Bandar mulai bersikap agresif yang menyebabkan pedagang menjauhkan diri dari Bandar.Pemerintah dibandar akan mulai kehilangan kuasa dan mula mengancam kekayaan di luarbandar.Maka situasi luarbandar akan berubah menjadi assabiyah akibat dari tindakan pemerintahan.Pertelingkahan dan pergaduhan akan menyebabkan perubahan social .Perbezaan strata , wujudnya kumpulan-kumpulan menyebabkan kehancuran .Perubahan ini akan mengembalikan kepada keadaan siyasah aqliyah . Ibn Khaldun mencadangkan setiap fasa berlaku lebih kurang 40 tahun dan pusingan fasa akan mengambil masa 120 tahun[32] .

Perubahan formasi social islam

Tidak seperti system feudal eropah yang memerah dari hasil petani , politik luar Bandar islam mengambil hasil dari perdagangan dan perniagaan .Komuniti oasis membekalkan barangan untuk keperluan Bandar tetapi dengan dipelihara kemerdekan mereka.Dengan ketiadaan pemberian dari kelas atasan bermakna wujudnya ketekunan dari cara komuniti kaum  di zon padang pasir.Tetapi apabila islam sudah sampai ke tempat pertanian seperti Iraq , Syria dan negara – negara nil dimana pertanian menjadi keutamaan system feudal mula dihubungkaitkan .Akan tetapi disebabkan pertanian menjadi keutamaan kedua untuk urbanisasi dan perdagangan antara benua , hubungan tuan dan hamba telah dibelakangkan dan ianya penyusunan  sokongan untuk kestabilan dan keamanan .Semasa diawal perkembangan islamisasi hubungan tuan – hamba tidak timbul sebagai satu cara yang kaku.Di zon padang pasir , dan semasa di awal peringkat perkembangan islam , prinsip asas etika ekonomi dan semua transaksi ekonomi termasuk urusniaga tanah adalah melawan perjanjian secara spekulatif dan eksploitasi  tidak dibenarkan . Semasa di awal islam apabila undang-undang telah dijadikan sebagai wahyu , pembentukan masyarakat islam telah menjauhi kontradiksi yang dikenal pasti di dalam kelas kelas masyarakat .Pembentukan ini telah dinyatakan melalui tauhid atau keesaan tuhan menggantikan kesukuan dan hirarki masyarakat yang rigid .Tauhid telah diterima sebagai prinsip asas islam .
Pembentukan Negara Islam Mengikut Pandangan Ibn Khaldun
Ibn Khaldun telah mengemukakan idea urbanisasi Bandar-negara yang telah dibentuk berdasarkan wahyu al-Quran .Kuasa politik urbanisasi ini dipunyai sama-sama berdasarkan prinsip al-Quran .Permerintahan mereka menjadi keras apabila ketamadunan urbanisasi ini mulai hancur .Syariah mula hilang pegangan terhadap kerajaan dalam mengurus kehancuran tamadun.Keistimewaan negara islam ini bukan sahaja terletak kepada satu kuasa pusat pemerintah akan tetapi  system pembubaran dalam bentuk demokrasi dan perkongsian Bandar – negara untuk melepaskan kuasa persekutuan .Oleh itu masyarakat islam tidak dibelengui oleh satu kuasa polisi – negara tetapi boleh menjadi sebahagian ummah yang tersebar luas dibawah kepatuhan Allah swt.Oleh yang demikian ummah islam telah ditonjolkan sebagai satu kesedaran komuniti politik yang merentasi sempadan perkauman , Bandar dan negara.Kemasukan islam ke semenanjung Iberian juga telah membubarkan keremehan system feudal dan telah membuka sempadan perdagangan dan perniagaan yang lebih luas .
Bab Tiga : Strategi Industrialisasi islam
Polisi industri dalam mencapai industrialisasi adalah berdsarkan kepada strategi dan taktik .Dalam hal ini hokum tabi’I terbahagi kepada dua [33]
Pertama: Hukum tabi’I al’ilm al tabi’I , contohnya keinginan untuk makan mencetuskan transaksi ekonomi berkaitan makanan .Namun pengguna tertakluk kepada syariah , apa boleh dimakan dan bagaimana mendapatkannya iaitu berkaitan akad pertukaran .
Kedua : Hukum tabi’I yang berkaitan dengan factor apakah yang mendorong manusia berkeinginan kepada makanan .Hal ini berkaitan langsung dengan teori permintaan.Berdasarkan pengamatan kepada hokum tabi’I , kita boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelakuan pengguna menerusi konsep ekonomi seperti harga , pendapatan dan anjalan bersilang sebagai bekalan kepada penjualan dan pemasaran .Dalam ekonomi terdapat fenomena yang menerangkan kelakuan dan cirri proses pengeluaran seperti hokum pulangan bertambah kurang , kos melepas ekonomi ikut skel pulangan kepada skel pengkhususan dan sebagainya .Fenomena ini adalah manifestasi perundangan tabi’I yang terdapat pada mana-mana system pengeluaran .Contohnya apabila pengeluaran bertambah kos perunit akan menurun dan menaik kembali .Atau dengan menambah input pengeluaran bertambah kepada satu kadar terhad dan keluaran purata akan mencapai sifar .Dalam model pembangunan terhad dan keluaran purata akan mencapai sifar.Dalam model pembangunan fenomena ini dipanggil andaian struktrural yang diperlukan dalam proses pengeluaran .Syarikat diperlukan mengetahui berapa banyak dan kombinasi input manakah digunakan dalam pengeluaran pada harga relative tertentu .Ini bermakna mereka perlu mengetahui keanjalan output kepada input , maklumat mengenai kehomogenan pulangan kepada skel , keanjalan penggantian dan lain-lain lagi.
            Manifestasi hokum tabi’I dapat dilihat pada fungsian pengeluaran constant to scale cobb , Douglas dan translog .Fungsian pengeluaran ini dikenalpasti melalui teknologi .Hukum tabi’I atau nilai saintifik boleh disesuaikan kepada syariah dalam membina teori ekonomi islam .Contohnya sebuah negara yang kaya sumber boleh memilih industrialisasi promosi eksport menerusi pengilangan berasas sumber utnuk mendapat keuntungan tukaran asing .Untuk itu ia perlu melakukan perkara berikut :
1.      Menyediakan zon dagangan bebas atau aktiviti berasas eksport yang beroperasi secara berasingan dengan sector pembuatan .
2.      Menekankan polisi dan insentif rangsangan eksport
3.      Menekankan pengeluaran domestic untuk keluaran utama .
Ia boleh juga mengeksploitasi kos buruh rendah dengan menjalani aktiviti berpolisi promosi eksport menggunakan teknik intensif buruh sperti pengeluaran tekstil dan pemasangan keluaran elektronik
            Industrialisasi gantian import
Jika negara itu mempunyai pasaran domestic luas dan mampu mendapatkan ekonomi ikut skel dengan barangan yang dahulunya diimport dan kini dihasilkan dalam negeri maka itu polisi terbaik .Namun untuk mencapai ekonomi ikut skel perlu kuasa monopoli dimana tidak mampu dilakukan sector awam .
Industrialisasi intensif modal beriorientasikan eksport
Jika negara itu mengetahui bahawa pertumbuhan pesat telah menyebabkan gunatenaga penuh atau kekurangan buruh dan saiz pasaran domestic sangat kecil untuk mengaut keuntungan daripada ekonomi ikut skel maka ia perlu mengamalkan industrialisasi intensif modal berorientasikan eksport .Ini memerlukan infrastruktur mencakupi pada tahap fizikal dan kewangan .Negara itu juga diperluka mempunyai kadar simpanan yang tinggi dan mengamalkan dagangan bebas serta menggalakkan asimilasi pesat sector awam dalam pembuatan khususnya dikalangan syarikat multinasional .Liberalisasi kewangan dan penguncupan campurtangan kerajaan adalah antara elemen terpenting dalam pencapaian kejayaaan industrialisasi ini .
Industrialisasi dan rasional kepada campur tangan negara berteras islam
Polisi awam yang digubal pemerintah boleh menentukan pencapaian industrialisasi seimbang .Fungsi negara islam yang progresif adalah merangkumi perkara berikut .
-          Fungsian daripada syariah mengikut asas tetap
-          Fungsian daripada syariah mengikut ijtihad
-          Fungsian yang diberikan kepada negara pada sebarang masa dan tempat menerusi proses syura.
Peranan kerajaan perlu untuk mengatasi kerumitan yang dialami dalam pasaran sperti kemudahan awam , kuasa pasaran , kekurangan maklumat , kebajikan , keselamatan dan lain-lain lagi .Negara islam perlu mengambil ikitbar daripada kejayaan dialami negara korea selatan yang mengalami industrialisasi hasil penyeliaan kerajaan .
            Peranan perbankan islam dan institusi kewangan dalam urusan lebih mencabar sperti sector pembuatan perlu digemblengkan .Bagaimana institusi kewangan islam mampu mengambil peranan agresif untuk membiayai pembangunan ekonomi dan industri bergantung kepada kerajaan islam itu menerajui pasaran kewangan berlandaskan keislaman kearah lebih kmatangan dan kemampanan supaya membolehkan persaingan adil dengan system berasas faedah yang ada sekarang
            Dalam proses industrialisasi factor buruh dan majikan menjadi persoalan dan konflik . Ganjaran pekerja dalam pengeluaran masih tetap menjadi punca utama perasaan tidak puashati[34] .Para pekerja dikatakan mencipta keluaran dalam industri tetapi mereka hanya menerima sebahagian sahaja dari keluaran manakala bakinya dipegang oleh para majikan .Selain dari itu amalan kerja lebih masa khususnya bila wujud pengangguran dalam perusahaan tersebu , juga mencetuskan pertelingkahan .Amalan ini ditentang kerana ia merugikan .Keduanya , ia mungkin digunakan untuk mengurangkan kadar upah biasa harian .Ketiganya kerana ia memburukkan keadaan pekerjaan dan akhirnya kerana menjejas kesihatan para pekerja dengan teruknya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : “ manusia tiada hak ke atas bahagiannya apabila di dalamnya tidak terdapat hak allah .Hak allah ialah perintahnya supaya setiap orang diberikan hanya haknya dan tidak pula menceroboh hak orang lain .”Menahan upah bagi khidmat yang telah diberikan adalah berdosa besar . Abu Hurairah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Allah berfirman iaitu terdapat tiga orang yang akan aku musuhi pada hari kiamat : orang yang berjanji dengan namaku kemudia ia mungkiri , orang yang menjual orang merdeka lalu memakan hasilnya dan orang yang menyuruh buruh upahan tetapi tidak dibayar upahnya apabila pekerjaannya selesai.
            Disamping itu , Ibn Majah meriwayatkan yang Rasulullah (s.a.w ) telah bersabda yang bermaksud: “ Bayarlah upah kepada pekerja sebelum kering peluh dibadannya “ Sebaliknya jika majikan tidak dapat membayar upah pekerja oleh kerana sebab – sebab yang munasabah beliau dibenarkan melaburkan ganjaran buruh yang tidak dibayaritu ke dalam sebarang perniagaan yang menguntungkan dan pekerja berhak menerima semua keuntungan yang terhasil .Ibn Umar berkata : dan orang yang ketiga itu berkata saya mengambil pekerja-pekerja dan saya bayar upah mereka kecuali seorang .Beliau pergi dan tidak mengambil upahnya .Jadi saya laburkan upah itu kedalam perniagaan yang menguntungkan sehingga ia menjadi harta kekayaan yang banyak jumlahnya .” Bukhari .Ini menunjukkan majikan tidak berhak mengguna upah yang tidak dibayar kepada pekerja untuk tujuan peribadi .Selain dari pembayaran upah dengan segera , Islam juga mengambil berat tentang kebajikan pekerja .Menurut riwayat muhalla dari ibn Hazm Rasulullah bersabda yang bermaksud “ Adalah menjadi kewajipan majikan memberikan pekerjaan yang mudah dilakukan oleh pekerjanya .Jangan dibebani mereka dengan pekerjaan yang berat sehingga merosakkan kesihatan mereka . Hadis-hadis ini menghapuskan sama sekali sebarang kemungkinan mengagung-agungkan kapatilisme Disamping itu ia mengatasi kaedah marx untuk merampas semula dari golonga yang merampas .
            Faktor psikologi juga memainkan peranan penting kepada pekerja dalam proses industrialisasi .Dalam system kapitalis masa kini , pihak buruh beranggapan bahawa pihak mahkamah , polis dan pihak berkuasa pentadbiran yang lain selalu bersikap buruk sangka terhadap mereka dan lebih memihak kepada majikan .Apabila timbul perelingkahan dan mogok dilancarkan pihak berkuasa akan memihak kepada majikan kapitalis .Ini masih merupakan factor penyebab pertelingkahan perindustrian .
            Dalam islam sebaliknya pemilikan mutlak segala sesuatu , merupakan hak allah semata –mata .Manakala manusia hanyalah khalifah allah dimuka bumi .Oleh itu tidak sepatutnya  dalam proses industrialisasi terdapatnya dua golongan yang bertelagah .Tambahan pula kedaulatan sesebuah kerajaan adalah juga milik allah .Pemimpin kerajaan tersebut ialah khalifahnya.Ini yang membezakan antara kerajaan island dengan kerajaan secular.Dalam masyarakat seperti ini mahkamah tidak boleh mentafsir undang-undang sesuka hatinya .Badan perundangan tidak akan meluluskan sebarang undang-undang semata-mata kerana sokongan majority. Sebaliknya ia mestilah selaras dengan perintah dari Quran dan Sunnah .
            Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :” Sebaik-baik pendapatan ialah dari buruh dengan syarat ia melakukan tugasnya dengan cermat untuk majikannya “ .Ibn Musa meriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :” Amil yang jujur yang membayar mengikut syarat-syarat perkhidmatan yang telah dipersetujui .”
            Daripada hadis ini dapat dilihat tentang amalan pekerja terhadap majikannya dan amalan majikan terhadap pekerjannya.Islam juga menekankan pentingnya semangat bahawa buruh mempunyai darjat yang tinggi bukan sahaja untuk melindungi kepentingan para majikan tetapi juga untuk memaksimumkan pengeluaran .Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:”Allah tidak mengasuh seorang rasul tetapi beliau mengembala kambing .Para sahabat berkata :”dan tuan hamba?.Baginda bersabda “Ya , aku pernah mengembala untuk penduduk makkah untuk dijadikan penarik kenderaan .”Sekali lagi abu mas’ud berkata “apabila rasulullah saw memerintahkan kami bersedekah salah seorang daripada kami telah pergi ke pasar .Beliau mengangkat barang dan dibayar satu mudd dan setengah dari mereka telah menjadi kayaraya hari ini.Kepentingan menanamkan semangaat kemuliaan seorang buruh dikalangan golongan pekerja yang berlainan taraf terletak pada hakikat bahawa negara – negara islam di seluruh dunia adalah mundur pada masakini .Pembangunan sangat-sangat diperlukan untuk memperbaiki kehidupan rakyat biasa yang sebahagian besarnya masih hidup kebuluran .
            Dari analisis di atas dapat dikatakan bahawa islam cuba mewujudkan tolak ansur berkekalan antara buruh dan modal dengan memasukkan unsure-unsur moral ke dalam perhubungan antara kedua pihak di samping menetapkan tanggungjawab kedua-dua pihak sebagai sebahagian dari agama .Disini islam juga telah membuktikan kelebihannya berbanding dengan sekularsime yang telah gagal mewujudkan keharmonian diantara buruh dan modal dalam masyarakat.

Bab Empat : Dasar – dasar perindustrian di Malaysia[35]
Di dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu kepada industri-industri yang bercorak gantian import.
     Sejak tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan industri yang mengunakan ramai buruh.
     Mulai tahun 80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan meneeusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan memainkan peranan secara langsung di dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus industri-industri berat memandangkan sektor swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan atau menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam tempoh masa yang panjang.
     Walaupun pada keseluruhannya perkembangan industri negara dalam tahun-tahun 60-an, 70-an dan awal 80-an adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan masih wujud di dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan sektor eksport adalah tidak begitu memuaskan jika dibandingkan dengan sektor dalam negeri. Eksport barang-barang pembuatan Malaysia terlalu bergantung kepada segelintir industri sahaja seperti elektrik dan elektronik dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan keluaran negara-negara asing. Ini disebabkan tahap teknologi yang masih rendah dan kurangnya kemahiran rakyat tempatan untuk mempertingkatkan atau memperbaharui teknologi yang diterima dari luar. Satu masalah besar ialah kurangnya hubungkait di antara sektor perindustrian dengan sektor-sekctor lain menyebabkan tidak wujudnya integrasi ke hadapan dan ke belakang (back-ward and forward integration.) Industri-industri yang ditubuhkan juga kurang mempunyai nilai ditambah (value added) kerana banyak menumpukan kepada aktiviti pemasangan sahaja. Oleh itu, sekiranya sektor perindustrian dikehendaki terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, perlulah diwujudkan matlamat-matlamat jangka panjang yang disokong dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru.
     Selaras dengan hasrat untuk mengenalpasti kelemahan ciri-ciri struktur serta mengatasinya, kerajaan telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP). KDPM benujuan untuk menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia ada dan mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport. PIP pula bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam mengenalpasti strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat. Dasar utama perindustrian telah mengambil kira beberapa prinsip asas yang terkandung di dalam perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.
 
Rasional
     Penggubalan dasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1985-1986 telah menunjukkan kelemahan dalam struktur industri negara. Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua harga komoditi utama telah jatuh secara serentak mendorong kerajaan memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk mengenalpasti dan mengatasi kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini. Seandainya masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan peranan yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar dari segi menambah eksport, mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran.
     Pada jangka panjangnya, PIP diharapkan dapat meletakkan asas yang kukuh bagi negara ini menjadi sebuah negara perindustrian yang maju. Jelas di negara-negara perindustrian yang ada sekarang, sektor perkilangan (selain daripada sektor perkhidmatan) merupakan sektor yang terpenting dalam menggerakkan jentera pembangunan negara. Banyak negara maju dan negara perindustrian dahulunya merupakan negara-negara pertanian yang mundur, tetapi oleh kerana mereka memasuki bidang perindustrian dengan bersungguh-sungguh, hari ini mereka telah maju.
     Walaupun bidang pertanian di Malaysia merupakan satu kegiatan ekonomi yang penting namun demikian pertanian tidak mungkin dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi puluhan ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi setiap tahun.
 
Objektif
Objektlf Pelan Induk Perindustrian (PIP)
Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari, 1986 telah menggariskan tiga matlamat iaitu:
(a)  Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan 
  perindustrian negara;
(b)  Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara; dan
(c)  Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi
  tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.  
Strategi Pelaksanaan
Strategi Pelan Induk Perindustrian
Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, PIP telah mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. PIP juga telah mencadangkan langkah-langkah berikut diambil supaya Malaysia dapat mencapai taraf sebuah negara perindustrian:
(a)  Melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan ke luar. 
  Untuk mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi, Malaysia harus menumpukan kepada pengeksportan keluaran-keluaran perkilangan secara besar-besaran. Masalah pasaran yang kecil telah menjadi satu faktor penghalang bagi industri-industri tempatan mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan lebih kompetitif;
(b)  Memajukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber 
  untuk eksport dan mempelbagai serta meningkatkan industri bukan berasaskan sumber untuk eksport. Dari 12 sektor industri yang terpilih, beberapa keluaran/industri telah dikenalpasti sebagai keluaran/industri keutamaan untuk dimajukan;
(c)  Memajukan industri-industri berat terpilih untuk menyokong  industri-industrieksport. Strategi ini dipilih memandangkan kerajaan sudahpun membuat pelaburan yang banyak dalam beberapa jenis industri berat. Usaha-usaha perlu ditumpukan kepada memastikan kejayaan projek-projek itu dahulu sebelum menceburi bidang-bidang industri berat yang lain;
(d)  Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang   bersepadu;
(e)  Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat;
(f)  Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan 
  memberi tumpuan kepada pertumbuhan industri-industri di kawasan yang telah sedia mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Penubuhan industri-industri diutamakan di sepanjang western corridor di pantai barat Semenanjung yang mempunyai hampir 75-80 peratus penduduk dan di mini corridor di pantai timur. Semenanjung, dengan tumpuan di kawasan sekitar Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan, dan di bandar-bandar di Sabah dan Sarawak seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Sibu dan Bintulu;
(g)  Memoden dan menyusun semula struktur perindustrian dengan 
  mempertingkatkan pembangunan industri-industri kecil dan sederhana kerana sektor ini merupakan tulang belakang proses perindustrian seperti yang ternyata di negara Taiwan dan menyusun semula industri-industri yang kurang berkesan tetapi penting dalam ekonomi negara;
(h)  Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab kepada 
  pembangunan sektor pembuatan; dan
(i)  Menyusun semula sistem galakan perindustrian yang sedia ada 
  untuk memupuk kecekapan dan daya bersaing yang lebih tinggi.
Kesimpulan dan Penutup.
Proses industrialisasi terhadap ekonomi islam telah banyak memainkan peranan penting dalam membentuk gagasan identity ekonomi yang tersendiri.
Bermula proses urbanisasi dapat dilihat bagaimana masyarakat islam telah berkembang pesat tanpa sempadan.Namun perpecahan dan pertelingkahan menyebabkan umat islam berada pada tahap membangun dan mundur.
Perkembangan pesat industri perbankan dan kewangan islam telah muncul di Abad 21 telah memberikan impak yang besar dalam ekonomi islam yang mampu menggagaskan satu kuasa ekonomi besar dunia.
Dengan ijtihad baru dan reformasi social masyarakat islam , kini Negara islam telah mula kembali kepada islam.Bermula dengan perlaksanaan pengharaman riba diharap dapat membentuk sebuah Negara islam yang mengamalkan keseluruhan syariat islam .Dengan itu akan wujudnya satu masyarakat yang beriman , maju dan berdaya saing .


















Bibliografi
Aidit Hj Ghazali , (1993),Industrialisation From An Islamic Perpspective ,IKIM .Malaysia.

Al-Quran Ul-Karim

Azzuhaili , Dr Wahbah , (1989), Fiqh Islam wa Adillatuh , Dar ul Fikr , Damsyik

BiroTeks Universiti Teknologi Mara,(2000),Ekonomi Islam , Percetakan Asni Sdn Bhd Selangor

Dr.Ab Mumin Ab Ghani , (1999), Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya Di Malaysia , JAKIM , Malaysia.

Koskol ,Dr.Ismail ,(2000) ,Taghaiyur ul al-Ahkam fi as-Syariah al-Islamiah,Muassah al-Risalah, Beirut.

M.A Mannan , (1989),Ekonomi Islam : Teori dan Praktis , A.S Nordeen ,Kuala Lumpur

Muhammad Syukri Salleh , (1997), Islamic Political Economy In Capitalist – Globalization An Agenda For Change ,Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Surahtahman Kastin Hasan , (2001),Ekonomi Islam Dasar dan Amalan , Dewan Bahasa dan pustaka  Kuala Lumpur









[1] Towards Effective Muslim Participation in Industrialisation :Future Directions in Malaysia , Tan Sri Dato’lin See yan. hal 126
[2] M.Alimullah Miyan , Industrialization In Muslim World: Experience of Bangladesh , hal 486
[3] Dr.Wahbah Az Zuhaili , Fiqh Islam Wa Adillatuh , jld 4 , hal 730
[4] M.Alimullah Miyan , Industrialization In Muslim World: Experience of Bangladesh , hal 487
[5]
[6] Aidit bin Haji Ghazali , Industrialisation From An Islamic Perpective , hal. 20
[7] Ibid , hal 20
[8] Surah Al-Anfal ayat 26
[9] Surah al-Anbiya’ ayat 80
[10] Surah Saba’ ayat 34
[11] Surah al-Mu’minun ayat 27
[12] Surah Saba’ ayat 12
[13] Surah kahfi ayat 96
[14] Surah ali Imran ayat 191
[15] Surah Saba’ ayat 10
[16] Surah Saba’ ayat 12
[17] Surah al-Hadid ayat 25
[18] Surah ar-Ra’du ayat 17
[19] Surah al-Waqi’ah ayat 71
[20] Surah an-Nahl ayat 14
[21] Surah an – nahl ayat 80
[22] Surah al-ghaasiyah ayat 15-16
[23] Surah Ibrahim ayat 32
[24] Surah an-Nahl ayat 112
[25] Surah al-haj ayat 23
[26] Ibid hal 28
[27] Dr.Ismail Koksal , Taghaiyurul ahkam fi as-Syariah al-Islamiyah , hal 220
[28] Biro teks Universiti Teknologi Mara , Ekonomi Islam , hal 87
[29] Dr Muhammad Imran Usmani,   Canonical Shariah Contracts Applied To Modern Finance

[30] Dr.Ab.Mumin Ab Ghani , Sistem Kewangan Islam dan Perlaksanaannya di Malaysia , hal 280
[31] Surahtahman Kastin Hasan , Ekonomi Islam ,hal 19.
[32] Abbad M.Z , Deformed Capitalism , The Agrarian Question and The Islamization In Muslim States :A Conceptual Scheme , hal 161
[33] Dr.Saiful Azhar Rosli , Kertas Kerja “Menegakkan Negara Islam Progresif Berasaskan Pembangunan Ekonomi dan Industri .
[34] M.A Mannan , Ekonomi Islam :Teori dan Praktis , jld 1 ,hal 151
[35] http://www.geocities.com/hualian_studentclub

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Top WordPress Themes