Cinta Kepada Harta
Ditakdirkan bila kita punya harta sudah tentu kita akan laburkan atau gunakan harta itu untu kegunaan kita. Allah swt berkata dalam al-Quran :
“ Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” [ Surah ali Imran ayat 14 ]
Allah swt sebenarnya sayangkan kita. Allah mengetahui cinta kita kepada harta kerana kita takut kehilangan harta Allah swt berkata :
Ya Allah andai aku cinta kepada harta biarkanlah cinta itu mendapat pahala. Dengan harta yang aku gunakan untu kebaikan sudah tentu ianya akan mendapat keabaikan. Tapi bagaimana aku mendapat pahala dengan cinta kepada dunia yang boleh merapatkan dan mendapat cinta agung ilahi? Sudah semestinya aku gunakan harta itu untuk kegunaan kebaikan.
Gunakan untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Aku mesti gunakan harta itu untuk tujan halal makan, minum, beli keperluan harian yang halal. Tujuan pembelian tidak boleh membazir. Guna harta untuk membantu keluarga, menanggung ibu-bapa, anak-isteri. Dengan harta itu yang diguna itu akan mengalir menjadi darah daging dan keberkatan itu mulai muncul. Ya Allah indahnya apabila itu semuanya terjadi.
Walaupun begitu Allah melarang pembaziran kerana ia akan menyekat cinta dunia kita menjadi cinta kepada Allah seperti mana Allah berkata dalam al-Quran
“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. “[Surah Isra’ : ayat 27]
Bukan salah harta tapi salah perangai kita yang tamak kepada harta. Apablia kita banyak harta kita pula menjadi semakin tamak dan ketika itu cinta dan motivasi kita mencari harta bukan lagi bertujuan untuk kegunaan halal bahkan ia bertukar menjadi pembaziran dan lalai.
Oleh yang demikian, Allah tahu tentang perangai diri kita yang sangat mencintai dunia. Kalau Allah tidak tahu sudah tentu ternafi sifat Allah yang maha mengetahui setiap isi hati manusia.
12:46 PG
aziz


0 comments:
Catat Ulasan