Pendahuluan
Ekonomi Islam telah muncul pada abad yang ke
21 sebagai kuasa ekonomi yang berkembang.Dengan penubuhan bank dan syarikat
yang mengamalkan muamalah islam mampu menggalakkan industri halal dunia.Namun
demikian perkembangan ini adalah kesan daripada evolusi industri terhadap
ekonomi islam.Ianya adalah termasuk di dalam pembangunan ekonomi .Ianya memberi
kesan kepada perkembangan perubahan social buruh dan majikan .Perubahan
daripada masyarakat petani kepada masyarakat industri telah memberi banyak
kesan terhadap social , politik dan ekonomi sebuah masyarakat islam.Industri
pembuatan telah banyak memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat
islam.Dengan kilang-kilang yang banyak telah banyak memberikan ekonomi yang
lebih baik daripada negara pertanian.Pada September 1992 , 28.5% pinjaman telah
diperuntukkan kepada bidang pembinaan dan pembuatan[1] .
Malah negara maju telah lama menjalankan
dasar industrialisasi .Hampir semua barangan di dunia kini adalah hasil dari
industrialisasi .Dari bidang makanan , pertanian , pembuatan barangan rumah,
kosmetik , pembinaan dan teknologi maklumat.Malah pertanian yang diamalkan di
negara maju kini bersifat industrialisasi.Selepas perang dunia ke 2 negara
barat telah pun menjadikan ekonomi sebagai asas kemajuan dan kerjasama, maka
tertubuhnya EEC .Negara-negara OIC masih lagi digolongkan sebagai masyarakat
pengguna.[2]
Sedangkan Andalus , Baghdad ,Kaherah dan
Turki dahulunya merupakan kota-kota maju yang menjalankan pelbagai aktiviti
perniagaan . Muamalah islam pada ketika itu juga membicarakan aspek
perindustrian .Kontrak Istisna’ diharuskan kerana terdapatnya pembuatan
tekstil pada ketika itu ,begitu juga
pembinaan rumah dan kilang pembuatan[3] .
Hampir keseluruhan hasil bumi adalah terletak di negara islam, dalam kajian
pada sekitar tahun 60-an negara islam mengeluarkan 60% minyak mentah , 70%
getah asli , 40% jute ,50% minyak sawit tetapi sebaliknya masyarakat islam
adalah diantara masyarakat miskin [4].
Selepas perang dunia ke 2 masyarakat
dunia melalui dasar perintah dan pecah telah menyerapkan fahaman demokrasi
barat menggantikan demokrasi syura .Ekonomi kapitalis dan sosialis pula
menggantikan ekonomi dan muamalah islam.Negara – negara islam yang kaya dengan
sumber bumi telah dijajah pemikiran , ekonomi dan kuasa politik.Revolusi di
Iran dan beberapa buah negara islam berjaya mengubah sedikit sebanyak keyakinan
masyarakat dan pemerintah islam untuk lebih percaya kepada islam.Namun
kelemahan ulama’ dan penyelidik islam tidak berupaya untuk mengemukakan
cadangan yang relevan dalam menangani kemelut pertukaran dari pertanian kepada
perindustrian.Maududi telah menyatakan masalah ekonomi boleh diselesaikan oleh
islam melalui tiga cara[5]
Pertama , menggabungkan aspek ekonomi dengan
segala aspek kehidupan masalah yang lain .Kedua , memperbaiki akhlak masyarakat
.Ketiga , undang-undang syariah dan perlaksanaanya secara total dan berkesan
amatlah penting dalam menjamin kebahagiaan masyarakat.Terdapat 6 buah negara
yang telah menjalankan amalan industri pada zaman pemerintahan islam (system
khalifah) .Morocco , Mesir , Al-Andalus, Iraq , Oman dan Anatolia merupakan
contoh negara islam yang mengamal peridustrian sebagai aktiviti ekonomi utama.
Namun demikian adakah negara islam masa
kini yang mampu mengamalkan dasar tersebut mengikut islam tanpa sebarang
masalah social yang menimpa mereka.
Bab Pertama: Industrialisasi
Perkembangan
Industrialisasi dalam Islam.
Al-Quran dan Industrialisasi
Quran merupakan perlembagaan yang
mengatur manusia dan allah swt , manusia sesame manusia dan alam semesta sesame
manusia. Oleh kerana industrialisasi adalah sebahagian daripada ekonomi manusia
ianya perlu diatur mengikut acuan al-Quran[6].
Industrialisasi boleh didefinasikan sebagai hubungan pertumbuhan antara bidang pembuatan dan sector ekonomi
yang lain .Pertumbuhan ini mengubah menjadi ekonomi masyarakat yang dibina
secara besar-besaran berasaskan kepada sector pembuatan daripada sector
pertanian, buruh dan perniagaan[7]
Apabila industrialisasi diterima sebagai
satu ibadah , ianya mesti disertai oleh prinsip-prinsip islam .Paling penting
adalah industri perlu menjalankan aktiviti yang dibenarkan oleh islam dan ianya
mesti menuju kearah kebaikan dan ketauhidan ,
bukan sahaja memajukan fizikal manusia bahkan kemajuan spiritual ,
mental dan moral perlu dipertingkatkan .
Al-Quran telah memperakui bahawa manusia
telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mentadbir sumber yang telah
dianugerahkan oleh allah hendaklah digunakan untuk tujuan kebaikan .Industrialisasi
bukan hanya terhenti dengan kemajuannya bahkan semakin tinggi pencapaian
industri maka ianya dirahmati oleh Allah dan mempunyai masyarakat yang
mempunyai nilai , akhlak dan mental yang tinggi .Allah telah berfirman dalam
Al-Quran : “Ingatlah (Hai para muhajirin ) ketika kamu masih berjumlah sedikit
, lagi tertindas dimuka bumi (Mekah ) kamu takut orang-orang (Mekah ) akan
menculik kamu maka Allah memberi kamu tempat menetap (Madinah) dan dijadikannya
kamu kuat dengan pertolongannya dan diberinya kamu rezqi yang baik-baik agar
kamu bersyukur.”[8]Firman
Allah taala : “ Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai kepada
waktu yang telah ditentukan dan dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang
mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya.”
Manakala sector industri menjadi kerja
utama bagi rasul dan nabi-nabi firman allah ta’ala :”Telah kami ajarkan kepada
daud membuat baju besi untuk kamu , guna memelihara kamu dalam peperanganmu “[9], “
Buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya “[10],
“ Lalu kami wahyukan kepadanya “ buatlah bahtera dibawah penilikan dan petunjuk
kami [11]”
Ayat – ayat al-quran menyatakan sector
pembuatan tekstil dan perindustrian besi .Nabi dan rasul telah menjadi pengurus
untuk mentadbir buruh dan majikan .Firman allah ta’ala ,”Kami tundukkan angin
bagi sulaiman yang perjalanannya diwaktu pagi sama dengan perjalanan sebulan
dan perjalanannya diwaktu sore sama dengan perjalanannya sebulan dan kami
alirkan cairan tembaga baginya dan sebahagian dari jin ada yang bekerja
dihadapannya” [12]. .dan “
Berilah aku potongan –potongan besi hingga apabila besi itu telah sama rata
dengan kedua (puncak ) gunung itu berkatalah
zulqarnain : Tiuplah (api ) hingga apabila besi tiu sudah menjadi merah
seperti api diapun berkata “ Berilah aku tembaga yang mendidih agar kutuangkan
keatas besi panas itu [13]“.Alquran
tidak menyatakan secara teliti mengenai industri Akan tetapi allah swt telah
menyediakan rangka kerja dan plan tindakan.Ini adalah disebabkan , apabila
islam memandang indentiti lebar dalam mendefinisi rangka kerja mengatur
hubungan manusia.Manakala penelitian strategi dan pendekatan penyelesaian
masalah dan pembuatan keputusan diserahkan kepada kecerdikan manusia dan
hubungkait dayausaha intelek dan keimanan yang allah berikan.Allah telah
berfirman dalam Al-Quran “iaitu orang-orang yang mengingat allah sambil berdiri
atau duduk atau dalam keadaan berabaring dan mereka memikirkan tentang
penciptaan langi dan bumi seraya berkata “ Ya tuhan kami tiadalah engkau
menciptakan ini dengan sia-sia Maha suci engkau maka peliharalah kami dari
seksa neraka “[14].Banyak
nilai dan prinsip untuk mengatur spiritual dan moral masyarakat telah dikenal
pasti secara fizikal dan material dalam pembangunan yang boleh ditemui di dalam
Al-Quran.
Al-Quran telah menggariskan beberapa
keperluan dan kepenggunaan .Firman allah swt .” Sesungguhnya telah kami berikan
kepada daud kurnia dari kami .Kami berfirman “hai gunung-gunung dan
burung-burung , bertasbihlah berulang-ulang bersama daud “ dan kami telah
melunakkan besi untuknya” [15],”
kami alirkan cairan tembaga baginya “[16],”Kami
ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat
bagi manusia , supaya mereka mempergunakan besi itu “[17],”
allah telah menurunkan air hujan dari langit maka mengalirlah air di
lembah-lembah menurut ukurannya maka arus itu membawa buih yang mengembang .Dan
dari apa logam yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat
–alat ada pula buihnya seperti buih arus itu .Demikianlah allah membuat
perumpamaan bagi yang benar dan yang bathil”[18],
Daripada ayat di atas , allah swt
menyatakan beberapa industri yang boleh membawa kepada ketamadunan , iaitu : .
1.0 Industri asas
1.1 Industri berasaskan makanan
Allah swt telah berfirman
:”Sesungguhnya pada binatan-binatang ternak benar-benar terdapat pelajaran yang
penting bagi kamu , kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam
perutnya “ 23:20-21 ,”Supaya mereka menyebut nama allah pada hari yang telah
ditentukan atas rezqi yang allah telah berikan kepada mereka berupa binatang
ternak “ 22:28 , “Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah 78:14-16
,”Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya” 80:24 ,”Maka
terangkanlah kepada ku tentang api yang kami yang menjadikannya “[19]56:71,”allah
menundukkan lautan agar kamu dapat makan daripadanya daging yang segar (ikan)”[20]
1.2 Industri pakaian
“Dijadikannya pula dari bulu domba ,
bulu unta dan bulu kambing , alat-alat rumah tangga dan perhiasan yang kamu
pakai “[21],
2.0 Industri semi – asas
2.1 Industri isi rumah yang memenuhi keperluan dan keselesaan.
Produk-produk ini boleh meningkatkan
produkviti dan untuk keperluan dan keselesaan .Seperti yang difirmankan oleh
Allah swt .”bantal-bantal sandaran yang tersusun dan permaidani yang terhampar”[22]
2.2 Industri pengangkutan dan telecomunikasi
Ianya merupakan industri perkhidmatan
, walaupun ianya bukanlah produk material tetapi ianya diperlukan untuk
membangunkan industri yang lain.Allah swt telah berfirman : “Allah telah
menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu berlayar dilautan dengan kehendaknya dan dia telah menundukka pula bagimu
sungai-sungai “[23]
2.3
Industri pertahanan
Allah swt telah berfirman “dan allah
telah membuat suatu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dahulunya aman lagi
tenteram rezkinya datan kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat”[24]
3.0 Industri Mewah .
3.1 Islam membenarkan kesenangan untuk menikmati keselesaan hidup
selagi mana tidak berlebih-lebihan , membazir dan menolak ketauhidan kepada
allah swt .Selagi mana mereka bersyukur , tidak melupai hak orang lain dan
tidak menentang syariah allah swt maka ianya dibenarkan oleh syara’ sepertimana
firman allah swt .”Disyurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang
dari emas dan mutiara”[25]
Pengalaman ketamadunan islam terhadap proses
industrialisasi.
Ketamadunan
Negara-negara islam boleh dijadikan sebagai kajian kes dalam mengkaji proses
industrialisasi dan modenasasi sekarang.Tamadun ini mempunyai hubungan dengan
system nilai , kepercayaan dan pandangan dunia terhadap cabaran ekonomi yang
dihadapi oleh masyarakat sepanjang zaman.Pengkajian terhadap tamadun
kegemilangan islam menonjolkan bagaimana ketamadunan islam lampau memberi kesan
kepada ekonomi mereka .Konsep mereka adalah lebih mudah dari standart
pencapaian yang digunakan pada masa sekarang.[26]
Terdapat
6 buah Negara ketika itu yang berjaya memajukan bidang perindustrian
- Al-Maghrib.(kurun 10 – 14 )
Negara maghrib melipuri sebahagian utara afrika termasuk
tripolitania , Tunisia , algeria dan moroko . Terdapat beberapa factor yang
mempengaruhi kemajuan dan pembangunan al-maghrib ketika itu .
- Etika masyarakat yang cenderung kepada perdagangan
dan perindustrian.Diantara sikap-sikap mereka boleh dijelaskan seperti
berikut :
-
Memberikan penghargaan kepada
penceburan di dalam bidang industri dan perdagangan.
-
Mereka tidak menyuka kualiti kerja
yang rendah .
-
Mereka lebih berdikari dan ingin
memperolehi pendapatan mereka sendiri tanpa bergantung kepada orang lain .
Juga disamping itu terdapat gerakan
sufi yang kuat di almaghrib menunjukkan mereka tidak melupai kerohanian.Mereka
menganggap bahawa perniagaan ibadah kepada allah swt.
2.Polisi Negara terhadap pembangunan
industri.
-
Perindustrian bergantung kuat
kepada sector pertanian , sector bahan mentah seperti galian dan industri besi
.
-
Mempunyai pentadbiran yang baik
untuk menjamin jaringan pentadbiran dinegeri.Seperti contoh terdapat Qadis yang
mengatur dan memantau perjalanan syarikat perlombongan untuk menyiap produk dan
projek dalam masa yang ditentukan .
-
Strategi Negara yang mempromosi
kepada pekerja industi .Populasi pekerja makin bertambah dengan impak yang
positif kepada perkembangan Negara.
4.0 Kemahiran tenaga kerja yang cekap
-
Disamping perkembangan milikan
persendirian dan perindustrian . Pertumbuhan industri ini bergantung kepada
keupayaan industri dan kemahiran pekerja.Tenaga kerja boleh dikategorikan
kepada tiga kumpulan :
i.
Tenaga mahir
ii.
Pekerja bersekutu yang bekerja
secara mengikut projek
iii.
Tenaga kerja yang berpindah-
pindah dari satu tempat kesatu tempat mencari perdagangan.
Keluaran Kasar Industri di Al-Maghrib
Industri
|
Pusat Pengeluaran
|
Produk
|
Nota
|
Tekstil
|
Tunis, Mahdiyah ,
Bunah , Bijayah Marakesh , Fez
|
Sutera , Fabrik
,Kain sulam, langsir, kain benang , kain kapas ,karpet
|
Terdapat peniruan
dan inovasi dalam industri ini.
|
Permaidani
|
Sabtah , fez ,
marakesh , bijayah
|
Kertas tulis dan
warna
|
Permintaan yang
cukup tinggi untuk keperluan negara .
|
Kulit
|
Dar’ah ,
sijilmasah , sala , fez , banzart , tilimsan , azki , lumtah
|
Produk berasaskan
kulit , lantai , alas ,selipar
|
|
Produk berasaskan
kayu
|
Bijayah
|
Jambatan, bot,
kapal ,masjid , istana
|
|
Minyak dan sabun
|
Sifaqis
|
||
Gula
|
Marakesh , Sala
|
||
Kaca
|
Nafzawah
|
||
Besi
|
Majanah
|
Perak
|
|
Besi
|
Tunis
|
marmar
|
|
Taza
|
Emas
|
||
Bijayah
|
besi
|
Mesir (kurun 10-15 )
Perdagangan dan industri khususnya semasa pentadbiran
Fatimiyah telah dibangunkan sebagai pelabuhan industri pembuatan dan
perdagangan.Dengan kelebihan sebagai pusat pertemuan diantara afrika , asia dan
eropah menjadi kan sebagai pusat dunia ketika itu.Diantara perindustrian ketika
itu adalah industri berasaskan pertanian .Industri kapas tekstil dan gula
menjadi tumpuan .Malangnya dominant perdagangan Mesir ketika itu telah mula
ditolak atas sebab manopoli , cukai , korupsi , terlampau yakin dengan produk
import
Eksport dan Import Mesir
Eksport
|
Destinasi Eksport
|
Import
|
Destinasi Import
|
Tekstil
|
India
|
Rempah ,ubatan herba
|
India dan selatan india
|
Besi, perak
|
Porselin
|
Cina
|
|
Gula
|
Tanah arab, italic , perancis , german
|
Buah tropika
|
|
Arang batu
|
Periuk tanah
|
Yaman
|
Andalus (kurun 10 –13 )
Kurun ke – 10 merupakan kurun unggul bagi pemerintah
Muslim di andalus , Era ini menunjukkan bagaimana terjadinya hubungan
perdagangan diantara andalus , Negara muslim dan bukan muslim.
Oman (kurun ke – 6 – 12)
Oman terletak di kawasan yang strategic semenanjung arab
.Juga ia terletak dilaluan kapal terdapat beberapa factor pembangunan industri
yang mempengaruhi
- Oman telah memperkenalkan sector pertanian yang
memberi sumbangan kepada ekonomi perdagangan dunia.
- Kedudukannya yang strategic terletak di laut utama
dikawasan perdagangan.
- Penukaran khalifah ke Iraq menyebabkan focus
perdagangan dari mediterinean kepada laut teluk dan laut India.
Industri Utama di Oman
Industri
|
Pusat Industri
|
Produk
|
Kraftangan
|
Suhar
|
|
Tekstil
|
Suhar
|
Fabric sutera dan kain brokad
|
Eksport dan Import Oman
Eksport
|
Import
|
Negara diimport
|
Mutiara
|
Ubat-ubatan
|
India , cina , tibet
|
Tekstil
|
Minyak wangi
|
Cina
|
Buah-buahan
|
Kunyit
|
India , afrika
|
Anatolia ( kurun ke 16-17 )
Anatolia lebih di kenali sebagai turki .telah membangunkan
firma-firma sector pertanian.Walaupun begitu proses industrialisasi tidak
menyebabkan kelumpuhan kepada sector
pertanian.Merupakan ketamadunan islam yang terakhir pada kurun ke 18 .Ketika
itu bermulanya revolusi Industri .Anotolia terpaksa menghadapi cabaran dan
persaingan antarabangsa dalam perdagangan dan perniagaan dengan lebih besar.
Industri Utama di Anatolia
Industri
|
Pusat Industri
|
Produk
|
Tekstil
|
Tire, Akcesehir,Aydin-Guzelhisar
|
Baju , kain kapas
|
Kraftangan
|
Kayseri ,konya
|
Baju , permaidani
|
Kulit
|
Barang –barang yang disamak.
|
Bab Kedua : Kesan Terhadap Muamalah Islam .
Imam Nawawi dan khatib Syarbini diantara fuqaha’ syafie
yang lahir di kurun 15 .Pada ketika itu , kegemilangan industri dan perdagangan
telah menyebabkan beberapa perubahan di dalam hokum muamalah islam .
Perubahan hokum ini bukan sahaja
melibatkan dalam ekonomi seperti perbankan tetapi ia juga melibatkan industri
yang berkaitan dengan perubatan , makanan , pembuatan dan lain lain perkara
yang melibatkan hokum hakam muamalah islam[27] .
Ekonomi Islam
Masalah-masalah baru dalam ekonomi seperti Insurans yang
dibahaskan oleh para fuqaha’ telah memberikan kesan yang positif dalam
mengislamisasikan system insurans konvensional kepada system insurans islam
.Dengan penghapusan riba , gharar dan maisir berikutan penggantian kedua-duanya
dengan mekanisma pelaburan (mudharabah ) dan tabarru’ telah memberikan konsep
baru terhadap system social masyarakat islam .Kesan ini turut memberikan ijtihad baru dalam insuran islam.Hasil
ijtihad ini lahir hasil industri insuran yang berkembang pesat .Dengan adanya
insurans islam maka lahirnya satu identity industri islam[28]
Manakala
system riba yang diamalkan oleh bank konvesional telah pun dihapuskan dengan
konsep jualan produk dan perkhidmatan[29]
.Ianya ternyata memberikan perkembangan kepada wujudnya industri-industri yang
lain.Perkembangan ijtihad yang baru dalam menghapuskan riba telah menghasilkan
industri perbankan islam yang bernafas baru .Produk dan perkhidmatan yang
terhasil seperti BBA , al Ijarah ,
|
|
|

|
||||
Rajah Sistem bank Konvensional
![]() |
![]() |
||||
Rajah Sistem Bank Islam
Bai’e dayn telah pun ada dalam system muamalah islam .Ibn
Qayyim adalah antara ulama’ yang memperkatakan tentang urusniaga ini.Industri
telah memberi kesan kepada surah (bentuk ) bai’e dayn ini dijalankan .Bay’ al
–Dayn merupakan satu daripada cara-cara yang digunakan dalam system perbankan
islam di Malaysia .Cara yang digunakan dalam system perbankan islam di Malaysia
bagi mewujudkan sumber-sumber kewangan yang diperlukan oleh unit-unit diatas
melalui diskaun dokumen-dokumen dan surat-surat perdagangan unit-unit tersebut
mengikut peraturan-peraturan tertentu .Dokumen –dokumen dan surat-surat-
sekuriti yang membuktikan sabit hutang yang timbu daripada urusan perniagaan
sahaja boleh diterima untuk transaksi pembelian hutang .Contoh konsep ini ialah
seorang pengeksport (katakana a) mengeksport minyak kelapa sawit kepada Pembeli
B dengan harga tertangguh RM 10 Juta dengan bayaran dalam masa tiga bulan A
menyediakan dokumen-dokumen eksport termasuk bil pertukaran atau hak mengutip
hutang yang membuktikan adanya hutang B kepada A sebanyak Rm 10 Juta dengan
tarikh matang tiga bulan kemudian , yang diikrarkan oleh B .A menjual bil
pertukaran itu kepada BIMB pada harga katakn RM0.6 Juta sehingga tarikh
matannya .Ini bererti BIMB akan menerima bayaran daripada A sebanyak RM 10 Juta
pada tarikh matangnya Bimb boleh juga menjualkan semula bil pertukaran tersebut
kepada Pembeli C (katakana sebuah bank lain dengan harga katakana RM9.8 juta
sebelum tarikh matang.Jika ini berlaku pembeli akan mendapatkan RM 10 Juta pada
tarikh matang dariapada A.Sekalipun terdapat sesetengah ulama Fiqh menentang penggunaan
instrument ini dalam kewangan islam.Namun hasil kajian kumpulan pengkaji
instrument islam yang ditubuhkan oleh suruhanjaya sekuriti mendapati bahawa
tiada bukti ijma ulama tentang penghraman bay al dayn sebagaimana dakwaan
golongan tersebut bahkan amalan ini diharuskan oleh mazhab maliki .Amalan
pembelian dan perniagaan hutang banyak diamalkan dalam perniagaan antara si
pemiutang dengan bukan si penghutang dan antara mereka yang bukan sipemiutang
dalam hutang-hutang berkenaan [30].
Kesan Industrialisasi Terhadap Pembangunan ekonomi
islam.
Ekonomi islam didefinisikan sebagai pengkajian ke atas
pencapaian al-falah manusia penggunan dan penguasaan sumber bumi diatas dasar
koperasi dan penyertaan [31].Melalui
dasar – dasar kerajaan menukar polisi ekonomi dari menyelesaikan masalah
kekurangan keperluan.Akhirnya ianya berkembang menjadi sebuah Negara
perindustrian dari semua aspek .Kemajuan yang dicapai bukan sahaja mengubah
masyarakat tetapi ia juga turut memberi kesan kepada ilmu ekonomi
islam.Revolusi perindustrian tidak terjadi di dalam dunia islam kerana atas
sebab-sebab politik .Malah lebih ianya lebih bertepatan dengan teori ibnu
khaldun .Mengikut ibn Khaldun terdapat pembinaan dan karektor sumber manusia
iaitu:
- Karektor Badawi : Adalah dipermulaan dan asas kepada
pembinaan dan pembangunan .Produksi pertanian yang ditemui sekitar oasis
dan tiada pemilikan persendirian semuanya berkongsi berdasarkan kepada
keluarga dan puak masing-masing . Formasi social ini mewujudkan sikap
asabiyah .
- Karektor Tamadun : Ianya diselesaikan oleh komuniti
urban dan produk perdagangan .Ianya diasaskan berdasarkan kepada
pengaturan social .Pentadbiran awam dibawah jenis pemerintahan khalifah.
Perluasan dan pembentukan tamadun diasaskan kepada Perdagangan urban , cukai
awam , pertadbiran yang adil , mempunyai perdaganan yang baik dan
diplomasi yang baik
Terdapat dua peringkat produksi yang boleh dihubungkaitkan
kepada tiga peringkat formasi Negara
Siyasah aqliyah adalah fasa pertama yang
boleh ditemui didalam pembangunan tamadun .Raja atau pemerintah boleh
memindahkan kaum-kaum kepada satu tempat dibawah kepimpinannya.Keamanan akan
tercapai melalui garisan produksi diantara oisis dan pusat perdagangan Bandar ,
kemudahan pertukaran modal dan perdagangan .Pertumbuhan populasi bandar juga
akan bertambah.
Siyasah diniyah merupakan fasa kedua
pembangunan oisis.Bandar menjadi titik pertemuan pedagang dan pemodal-pemodal
yang kaya.Manakala Al-Quran dan sunnah pula menjadi undang-undang awam ,
regulasi , dan formasi social .Pengembangan syariah adalah berbentuk evolusi
yang boleh dilihat dalam konteks perluasan perdagangan islam .Perdagangan orang
islam , perniagaan telah menjadi lebar di dunia islam .Faraid sebagai bentuk
pemilikan perkongsian sebagai jalan yang efektif kepada penyusunan dan
penyelesaian masalah asabiyah.
Siyasah madaniah pula merupaka fasa
terakhir kepada pembangunan urban apabila di keadaan Negara berasas kan Bandar
mula bergoncang dan tiada kestabilan.Pimpinan pemerintah dan khalifah di Bandar
mulai bersikap agresif yang menyebabkan pedagang menjauhkan diri dari
Bandar.Pemerintah dibandar akan mulai kehilangan kuasa dan mula mengancam
kekayaan di luarbandar.Maka situasi luarbandar akan berubah menjadi assabiyah
akibat dari tindakan pemerintahan.Pertelingkahan dan pergaduhan akan
menyebabkan perubahan social .Perbezaan strata , wujudnya kumpulan-kumpulan
menyebabkan kehancuran .Perubahan ini akan mengembalikan kepada keadaan siyasah
aqliyah . Ibn Khaldun mencadangkan setiap fasa berlaku lebih kurang 40 tahun
dan pusingan fasa akan mengambil masa 120 tahun[32] .
Perubahan formasi social islam
Tidak seperti system feudal eropah yang memerah dari hasil
petani , politik luar Bandar islam mengambil hasil dari perdagangan dan
perniagaan .Komuniti oasis membekalkan barangan untuk keperluan Bandar tetapi
dengan dipelihara kemerdekan mereka.Dengan ketiadaan pemberian dari kelas
atasan bermakna wujudnya ketekunan dari cara komuniti kaum di zon padang pasir.Tetapi apabila islam sudah
sampai ke tempat pertanian seperti Iraq , Syria dan negara – negara nil dimana
pertanian menjadi keutamaan system feudal mula dihubungkaitkan .Akan tetapi
disebabkan pertanian menjadi keutamaan kedua untuk urbanisasi dan perdagangan
antara benua , hubungan tuan dan hamba telah dibelakangkan dan ianya
penyusunan sokongan untuk kestabilan dan
keamanan .Semasa diawal perkembangan islamisasi hubungan tuan – hamba tidak
timbul sebagai satu cara yang kaku.Di zon padang pasir , dan semasa di awal
peringkat perkembangan islam , prinsip asas etika ekonomi dan semua transaksi
ekonomi termasuk urusniaga tanah adalah melawan perjanjian secara spekulatif
dan eksploitasi tidak dibenarkan .
Semasa di awal islam apabila undang-undang telah dijadikan sebagai wahyu , pembentukan
masyarakat islam telah menjauhi kontradiksi yang dikenal pasti di dalam kelas
kelas masyarakat .Pembentukan ini telah dinyatakan melalui tauhid atau keesaan
tuhan menggantikan kesukuan dan hirarki masyarakat yang rigid .Tauhid telah
diterima sebagai prinsip asas islam .
Pembentukan Negara Islam Mengikut Pandangan Ibn Khaldun
Ibn Khaldun telah mengemukakan idea urbanisasi
Bandar-negara yang telah dibentuk berdasarkan wahyu al-Quran .Kuasa politik
urbanisasi ini dipunyai sama-sama berdasarkan prinsip al-Quran .Permerintahan
mereka menjadi keras apabila ketamadunan urbanisasi ini mulai hancur .Syariah
mula hilang pegangan terhadap kerajaan dalam mengurus kehancuran
tamadun.Keistimewaan negara islam ini bukan sahaja terletak kepada satu kuasa
pusat pemerintah akan tetapi system
pembubaran dalam bentuk demokrasi dan perkongsian Bandar – negara untuk
melepaskan kuasa persekutuan .Oleh itu masyarakat islam tidak dibelengui oleh
satu kuasa polisi – negara tetapi boleh menjadi sebahagian ummah yang tersebar
luas dibawah kepatuhan Allah swt.Oleh yang demikian ummah islam telah
ditonjolkan sebagai satu kesedaran komuniti politik yang merentasi sempadan
perkauman , Bandar dan negara.Kemasukan islam ke semenanjung Iberian juga telah
membubarkan keremehan system feudal dan telah membuka sempadan perdagangan dan
perniagaan yang lebih luas .
Bab Tiga : Strategi Industrialisasi islam
Polisi industri dalam mencapai industrialisasi adalah
berdsarkan kepada strategi dan taktik .Dalam hal ini hokum tabi’I terbahagi
kepada dua [33]
Pertama: Hukum tabi’I al’ilm al tabi’I , contohnya
keinginan untuk makan mencetuskan transaksi ekonomi berkaitan makanan .Namun
pengguna tertakluk kepada syariah , apa boleh dimakan dan bagaimana
mendapatkannya iaitu berkaitan akad pertukaran .
Kedua : Hukum tabi’I yang berkaitan dengan factor apakah
yang mendorong manusia berkeinginan kepada makanan .Hal ini berkaitan langsung
dengan teori permintaan.Berdasarkan pengamatan kepada hokum tabi’I , kita boleh
mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelakuan pengguna menerusi konsep
ekonomi seperti harga , pendapatan dan anjalan bersilang sebagai bekalan kepada
penjualan dan pemasaran .Dalam ekonomi terdapat fenomena yang menerangkan
kelakuan dan cirri proses pengeluaran seperti hokum pulangan bertambah kurang ,
kos melepas ekonomi ikut skel pulangan kepada skel pengkhususan dan sebagainya
.Fenomena ini adalah manifestasi perundangan tabi’I yang terdapat pada
mana-mana system pengeluaran .Contohnya apabila pengeluaran bertambah kos
perunit akan menurun dan menaik kembali .Atau dengan menambah input pengeluaran
bertambah kepada satu kadar terhad dan keluaran purata akan mencapai sifar
.Dalam model pembangunan terhad dan keluaran purata akan mencapai sifar.Dalam
model pembangunan fenomena ini dipanggil andaian struktrural yang diperlukan
dalam proses pengeluaran .Syarikat diperlukan mengetahui berapa banyak dan
kombinasi input manakah digunakan dalam pengeluaran pada harga relative
tertentu .Ini bermakna mereka perlu mengetahui keanjalan output kepada input ,
maklumat mengenai kehomogenan pulangan kepada skel , keanjalan penggantian dan
lain-lain lagi.
Manifestasi
hokum tabi’I dapat dilihat pada fungsian pengeluaran constant to scale cobb ,
Douglas dan translog .Fungsian pengeluaran ini dikenalpasti melalui teknologi
.Hukum tabi’I atau nilai saintifik boleh disesuaikan kepada syariah dalam
membina teori ekonomi islam .Contohnya sebuah negara yang kaya sumber boleh
memilih industrialisasi promosi eksport menerusi pengilangan berasas sumber
utnuk mendapat keuntungan tukaran asing .Untuk itu ia perlu melakukan perkara
berikut :
1. Menyediakan zon dagangan bebas atau aktiviti berasas eksport
yang beroperasi secara berasingan dengan sector pembuatan .
2. Menekankan polisi dan insentif rangsangan eksport
3. Menekankan pengeluaran domestic untuk keluaran utama .
Ia boleh juga mengeksploitasi kos buruh rendah dengan
menjalani aktiviti berpolisi promosi eksport menggunakan teknik intensif buruh
sperti pengeluaran tekstil dan pemasangan keluaran elektronik
Industrialisasi
gantian import
Jika negara itu mempunyai pasaran domestic luas dan mampu
mendapatkan ekonomi ikut skel dengan barangan yang dahulunya diimport dan kini
dihasilkan dalam negeri maka itu polisi terbaik .Namun untuk mencapai ekonomi
ikut skel perlu kuasa monopoli dimana tidak mampu dilakukan sector awam .
Industrialisasi intensif modal beriorientasikan eksport
Jika negara itu mengetahui bahawa pertumbuhan pesat telah
menyebabkan gunatenaga penuh atau kekurangan buruh dan saiz pasaran domestic
sangat kecil untuk mengaut keuntungan daripada ekonomi ikut skel maka ia perlu
mengamalkan industrialisasi intensif modal berorientasikan eksport .Ini
memerlukan infrastruktur mencakupi pada tahap fizikal dan kewangan .Negara itu
juga diperluka mempunyai kadar simpanan yang tinggi dan mengamalkan dagangan
bebas serta menggalakkan asimilasi pesat sector awam dalam pembuatan khususnya
dikalangan syarikat multinasional .Liberalisasi kewangan dan penguncupan
campurtangan kerajaan adalah antara elemen terpenting dalam pencapaian
kejayaaan industrialisasi ini .
Industrialisasi dan rasional kepada campur tangan negara
berteras islam
Polisi awam yang digubal pemerintah boleh menentukan
pencapaian industrialisasi seimbang .Fungsi negara islam yang progresif adalah
merangkumi perkara berikut .
-
Fungsian daripada syariah mengikut
asas tetap
-
Fungsian daripada syariah mengikut
ijtihad
-
Fungsian yang diberikan kepada
negara pada sebarang masa dan tempat menerusi proses syura.
Peranan kerajaan perlu untuk mengatasi kerumitan yang
dialami dalam pasaran sperti kemudahan awam , kuasa pasaran , kekurangan
maklumat , kebajikan , keselamatan dan lain-lain lagi .Negara islam perlu
mengambil ikitbar daripada kejayaan dialami negara korea selatan yang mengalami
industrialisasi hasil penyeliaan kerajaan .
Peranan
perbankan islam dan institusi kewangan dalam urusan lebih mencabar sperti
sector pembuatan perlu digemblengkan .Bagaimana institusi kewangan islam mampu
mengambil peranan agresif untuk membiayai pembangunan ekonomi dan industri
bergantung kepada kerajaan islam itu menerajui pasaran kewangan berlandaskan
keislaman kearah lebih kmatangan dan kemampanan supaya membolehkan persaingan
adil dengan system berasas faedah yang ada sekarang
Dalam
proses industrialisasi factor buruh dan majikan menjadi persoalan dan konflik .
Ganjaran pekerja dalam pengeluaran masih tetap menjadi punca utama perasaan
tidak puashati[34] .Para
pekerja dikatakan mencipta keluaran dalam industri tetapi mereka hanya menerima
sebahagian sahaja dari keluaran manakala bakinya dipegang oleh para majikan
.Selain dari itu amalan kerja lebih masa khususnya bila wujud pengangguran
dalam perusahaan tersebu , juga mencetuskan pertelingkahan .Amalan ini
ditentang kerana ia merugikan .Keduanya , ia mungkin digunakan untuk
mengurangkan kadar upah biasa harian .Ketiganya kerana ia memburukkan keadaan
pekerjaan dan akhirnya kerana menjejas kesihatan para pekerja dengan teruknya.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : “ manusia tiada hak ke atas
bahagiannya apabila di dalamnya tidak terdapat hak allah .Hak allah ialah
perintahnya supaya setiap orang diberikan hanya haknya dan tidak pula
menceroboh hak orang lain .”Menahan upah bagi khidmat yang telah diberikan
adalah berdosa besar . Abu Hurairah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud : Allah berfirman iaitu terdapat tiga orang yang akan aku musuhi
pada hari kiamat : orang yang berjanji dengan namaku kemudia ia mungkiri ,
orang yang menjual orang merdeka lalu memakan hasilnya dan orang yang menyuruh
buruh upahan tetapi tidak dibayar upahnya apabila pekerjaannya selesai.
Disamping
itu , Ibn Majah meriwayatkan yang Rasulullah (s.a.w ) telah bersabda yang
bermaksud: “ Bayarlah upah kepada pekerja sebelum kering peluh dibadannya “
Sebaliknya jika majikan tidak dapat membayar upah pekerja oleh kerana sebab –
sebab yang munasabah beliau dibenarkan melaburkan ganjaran buruh yang tidak
dibayaritu ke dalam sebarang perniagaan yang menguntungkan dan pekerja berhak
menerima semua keuntungan yang terhasil .Ibn Umar berkata : dan orang yang
ketiga itu berkata saya mengambil pekerja-pekerja dan saya bayar upah mereka
kecuali seorang .Beliau pergi dan tidak mengambil upahnya .Jadi saya laburkan
upah itu kedalam perniagaan yang menguntungkan sehingga ia menjadi harta
kekayaan yang banyak jumlahnya .” Bukhari .Ini menunjukkan majikan tidak berhak
mengguna upah yang tidak dibayar kepada pekerja untuk tujuan peribadi .Selain
dari pembayaran upah dengan segera , Islam juga mengambil berat tentang
kebajikan pekerja .Menurut riwayat muhalla dari ibn Hazm Rasulullah bersabda
yang bermaksud “ Adalah menjadi kewajipan majikan memberikan pekerjaan yang
mudah dilakukan oleh pekerjanya .Jangan dibebani mereka dengan pekerjaan yang
berat sehingga merosakkan kesihatan mereka . Hadis-hadis ini menghapuskan sama
sekali sebarang kemungkinan mengagung-agungkan kapatilisme Disamping itu ia
mengatasi kaedah marx untuk merampas semula dari golonga yang merampas .
Faktor
psikologi juga memainkan peranan penting kepada pekerja dalam proses
industrialisasi .Dalam system kapitalis masa kini , pihak buruh beranggapan
bahawa pihak mahkamah , polis dan pihak berkuasa pentadbiran yang lain selalu
bersikap buruk sangka terhadap mereka dan lebih memihak kepada majikan .Apabila
timbul perelingkahan dan mogok dilancarkan pihak berkuasa akan memihak kepada
majikan kapitalis .Ini masih merupakan factor penyebab pertelingkahan
perindustrian .
Dalam
islam sebaliknya pemilikan mutlak segala sesuatu , merupakan hak allah semata
–mata .Manakala manusia hanyalah khalifah allah dimuka bumi .Oleh itu tidak
sepatutnya dalam proses industrialisasi
terdapatnya dua golongan yang bertelagah .Tambahan pula kedaulatan sesebuah
kerajaan adalah juga milik allah .Pemimpin kerajaan tersebut ialah
khalifahnya.Ini yang membezakan antara kerajaan island dengan kerajaan
secular.Dalam masyarakat seperti ini mahkamah tidak boleh mentafsir
undang-undang sesuka hatinya .Badan perundangan tidak akan meluluskan sebarang
undang-undang semata-mata kerana sokongan majority. Sebaliknya ia mestilah
selaras dengan perintah dari Quran dan Sunnah .
Rasulullah
saw telah bersabda yang bermaksud :” Sebaik-baik pendapatan ialah dari buruh
dengan syarat ia melakukan tugasnya dengan cermat untuk majikannya “ .Ibn Musa
meriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :” Amil yang jujur yang
membayar mengikut syarat-syarat perkhidmatan yang telah dipersetujui .”
Daripada
hadis ini dapat dilihat tentang amalan pekerja terhadap majikannya dan amalan
majikan terhadap pekerjannya.Islam juga menekankan pentingnya semangat bahawa
buruh mempunyai darjat yang tinggi bukan sahaja untuk melindungi kepentingan
para majikan tetapi juga untuk memaksimumkan pengeluaran .Abu Hurairah
meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:”Allah tidak
mengasuh seorang rasul tetapi beliau mengembala kambing .Para sahabat berkata
:”dan tuan hamba?.Baginda bersabda “Ya , aku pernah mengembala untuk penduduk
makkah untuk dijadikan penarik kenderaan .”Sekali lagi abu mas’ud berkata
“apabila rasulullah saw memerintahkan kami bersedekah salah seorang daripada
kami telah pergi ke pasar .Beliau mengangkat barang dan dibayar satu mudd dan
setengah dari mereka telah menjadi kayaraya hari ini.Kepentingan menanamkan
semangaat kemuliaan seorang buruh dikalangan golongan pekerja yang berlainan
taraf terletak pada hakikat bahawa negara – negara islam di seluruh dunia
adalah mundur pada masakini .Pembangunan sangat-sangat diperlukan untuk
memperbaiki kehidupan rakyat biasa yang sebahagian besarnya masih hidup
kebuluran .
Dari
analisis di atas dapat dikatakan bahawa islam cuba mewujudkan tolak ansur
berkekalan antara buruh dan modal dengan memasukkan unsure-unsur moral ke dalam
perhubungan antara kedua pihak di samping menetapkan tanggungjawab kedua-dua
pihak sebagai sebahagian dari agama .Disini islam juga telah membuktikan
kelebihannya berbanding dengan sekularsime yang telah gagal mewujudkan
keharmonian diantara buruh dan modal dalam masyarakat.
Bab Empat : Dasar – dasar perindustrian di Malaysia[35]
Di dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di
negara ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang
pada masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga
kedua-dua komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program
perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan
stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu kepada
industri-industri yang bercorak gantian import.
Sejak tahun
70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan
pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan
Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan kepada
industri-industri yang berasaskan eksport dan industri yang mengunakan ramai
buruh.
Mulai tahun
80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan
meneeusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi
asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi
yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses
perindustrian. Kerajaan memainkan peranan secara langsung di dalam merancang,
melaksana, membiayai dan mengurus industri-industri berat memandangkan sektor
swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan atau menghadapi risiko dalam
mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja melibatkan modal yang besar,
tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam tempoh masa yang panjang.
Walaupun pada
keseluruhannya perkembangan industri negara dalam tahun-tahun 60-an, 70-an dan
awal 80-an adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan masih wujud di
dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan sektor eksport adalah tidak begitu
memuaskan jika dibandingkan dengan sektor dalam negeri. Eksport barang-barang
pembuatan Malaysia terlalu bergantung kepada segelintir industri sahaja seperti
elektrik dan elektronik dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya
tidak begitu memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan keluaran negara-negara
asing. Ini disebabkan tahap teknologi yang masih rendah dan kurangnya kemahiran
rakyat tempatan untuk mempertingkatkan atau memperbaharui teknologi yang
diterima dari luar. Satu masalah besar ialah kurangnya hubungkait di antara
sektor perindustrian dengan sektor-sekctor lain menyebabkan tidak wujudnya
integrasi ke hadapan dan ke belakang (back-ward and forward integration.)
Industri-industri yang ditubuhkan juga kurang mempunyai nilai ditambah (value
added) kerana banyak menumpukan kepada aktiviti pemasangan sahaja. Oleh itu,
sekiranya sektor perindustrian dikehendaki terus memainkan peranan utama dalam
pembangunan negara, perlulah diwujudkan matlamat-matlamat jangka panjang yang
disokong dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru.
Selaras dengan
hasrat untuk mengenalpasti kelemahan ciri-ciri struktur serta mengatasinya, kerajaan
telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar
Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP). KDPM
benujuan untuk menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang
sedia ada dan mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar
peningkatan eksport. PIP pula bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan
perindustrian secara am dalam mengenalpasti strategi-strategi untuk
sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh dengan pesat. Dasar utama
perindustrian telah mengambil kira beberapa prinsip asas yang terkandung di
dalam perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.
Rasional
Penggubalan
dasar perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiatkan
lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama
pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada tahun
1985-1986 telah menunjukkan
kelemahan dalam struktur industri negara. Pengalaman dalam dekad 80-an di mana
semua harga komoditi utama telah jatuh secara serentak mendorong kerajaan
memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk mengenalpasti dan
mengatasi kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini. Seandainya
masalah-masalah ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan
peranan yang lebih dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar
dari segi menambah eksport, mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan
serta memperbanyakkan peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran.
Pada jangka
panjangnya, PIP diharapkan dapat meletakkan asas yang kukuh bagi negara ini
menjadi sebuah negara perindustrian yang maju. Jelas di negara-negara
perindustrian yang ada sekarang, sektor perkilangan (selain daripada sektor
perkhidmatan) merupakan sektor yang terpenting dalam menggerakkan jentera
pembangunan negara. Banyak negara maju dan negara perindustrian dahulunya
merupakan negara-negara pertanian yang mundur, tetapi oleh kerana mereka
memasuki bidang perindustrian dengan bersungguh-sungguh, hari ini mereka telah
maju.
Walaupun bidang
pertanian di Malaysia merupakan satu kegiatan ekonomi yang penting namun
demikian pertanian tidak mungkin dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan
bagi puluhan ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi setiap tahun.
Objektif
Objektlf Pelan Induk Perindustrian (PIP)
Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh
Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari, 1986 telah menggariskan
tiga matlamat iaitu:
(a) Menjadikan
sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan
perindustrian
negara;
(b) Menggalakkan
penggunaan sepenuhnya sumber asli negara; dan
(c) Meninggikan
tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi
tempatan sebagai
asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.
Strategi Pelaksanaan
Strategi Pelan Induk Perindustrian
Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, PIP telah
mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan. Tujuh daripada
sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang
berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus
dan keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri
yang bukan berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan
pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan
pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk
mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. PIP juga telah
mencadangkan langkah-langkah berikut diambil supaya Malaysia dapat mencapai
taraf sebuah negara perindustrian:
(a) Melaksanakan
dasar perindustrian yang berpandangan ke luar.
Untuk mengekalkan
kadar pertumbuhan perindustrian yang tinggi, Malaysia harus menumpukan kepada
pengeksportan keluaran-keluaran perkilangan secara besar-besaran. Masalah
pasaran yang kecil telah menjadi satu faktor penghalang bagi industri-industri
tempatan mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan lebih kompetitif;
(b) Memajukan
secara intensif industri-industri berasaskan sumber
untuk eksport dan
mempelbagai serta meningkatkan industri bukan berasaskan sumber untuk eksport.
Dari 12 sektor industri yang terpilih, beberapa keluaran/industri telah
dikenalpasti sebagai keluaran/industri keutamaan untuk dimajukan;
(c) Memajukan
industri-industri berat terpilih untuk menyokong industri-industrieksport. Strategi ini
dipilih memandangkan kerajaan sudahpun membuat pelaburan yang banyak dalam
beberapa jenis industri berat. Usaha-usaha perlu ditumpukan kepada memastikan
kejayaan projek-projek itu dahulu sebelum menceburi bidang-bidang industri
berat yang lain;
(d) Memaju dan
menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang
bersepadu;
(e) Membangunkan
teknologi dan tenaga rakyat;
(f) Mengurangkan
perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan
memberi tumpuan
kepada pertumbuhan industri-industri di kawasan yang telah sedia mempunyai
kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Penubuhan industri-industri diutamakan
di sepanjang western corridor di pantai barat Semenanjung yang mempunyai hampir
75-80 peratus penduduk dan
di mini corridor di pantai timur. Semenanjung, dengan tumpuan di kawasan
sekitar Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan, dan di bandar-bandar di Sabah
dan Sarawak seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Sibu dan
Bintulu;
(g) Memoden dan
menyusun semula struktur perindustrian dengan
mempertingkatkan
pembangunan industri-industri kecil dan sederhana kerana sektor ini merupakan
tulang belakang proses perindustrian seperti yang ternyata di negara Taiwan dan
menyusun semula industri-industri yang kurang berkesan tetapi penting dalam
ekonomi negara;
(h) Memperkukuhkan
institusi-institusi yang bertanggungjawab kepada
pembangunan sektor
pembuatan; dan
(i) Menyusun semula
sistem galakan perindustrian yang sedia ada
untuk memupuk
kecekapan dan daya bersaing yang lebih tinggi.
Kesimpulan dan Penutup.
Proses industrialisasi terhadap ekonomi
islam telah banyak memainkan peranan penting dalam membentuk gagasan identity
ekonomi yang tersendiri.
Bermula proses urbanisasi dapat dilihat
bagaimana masyarakat islam telah berkembang pesat tanpa sempadan.Namun
perpecahan dan pertelingkahan menyebabkan umat islam berada pada tahap
membangun dan mundur.
Perkembangan pesat industri perbankan dan
kewangan islam telah muncul di Abad 21 telah memberikan impak yang besar dalam
ekonomi islam yang mampu menggagaskan satu kuasa ekonomi besar dunia.
Dengan ijtihad baru dan reformasi social
masyarakat islam , kini Negara islam telah mula kembali kepada islam.Bermula
dengan perlaksanaan pengharaman riba diharap dapat membentuk sebuah Negara
islam yang mengamalkan keseluruhan syariat islam .Dengan itu akan wujudnya satu
masyarakat yang beriman , maju dan berdaya saing .
Bibliografi
Aidit Hj Ghazali , (1993),Industrialisation From An
Islamic Perpspective ,IKIM .Malaysia.
Al-Quran Ul-Karim
Azzuhaili , Dr Wahbah , (1989), Fiqh
Islam wa Adillatuh , Dar ul Fikr , Damsyik
BiroTeks Universiti Teknologi Mara,(2000),Ekonomi
Islam , Percetakan Asni Sdn Bhd Selangor
Dr.Ab Mumin Ab Ghani , (1999), Sistem Kewangan
Islam dan Pelaksanaannya Di Malaysia , JAKIM , Malaysia.
Koskol ,Dr.Ismail ,(2000) ,Taghaiyur ul al-Ahkam
fi as-Syariah al-Islamiah,Muassah al-Risalah, Beirut.
M.A Mannan , (1989),Ekonomi Islam : Teori dan
Praktis , A.S Nordeen ,Kuala Lumpur
Muhammad Syukri Salleh , (1997), Islamic Political
Economy In Capitalist – Globalization An Agenda For Change ,Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd.
Surahtahman Kastin Hasan , (2001),Ekonomi Islam
Dasar dan Amalan , Dewan Bahasa dan pustaka
Kuala Lumpur
[1] Towards
Effective Muslim Participation in Industrialisation :Future Directions in
Malaysia , Tan Sri Dato’lin See yan. hal 126
[2]
M.Alimullah Miyan , Industrialization In Muslim World: Experience of Bangladesh
, hal 486
[3]
Dr.Wahbah Az Zuhaili , Fiqh Islam Wa Adillatuh , jld 4 , hal 730
[4]
M.Alimullah Miyan , Industrialization In Muslim World: Experience of Bangladesh
, hal 487
[6] Aidit
bin Haji Ghazali , Industrialisation From An Islamic Perpective , hal. 20
[7] Ibid ,
hal 20
[8] Surah
Al-Anfal ayat 26
[9] Surah
al-Anbiya’ ayat 80
[10] Surah
Saba’ ayat 34
[11] Surah
al-Mu’minun ayat 27
[12] Surah
Saba’ ayat 12
[13] Surah
kahfi ayat 96
[14] Surah
ali Imran ayat 191
[15] Surah
Saba’ ayat 10
[16] Surah
Saba’ ayat 12
[17] Surah
al-Hadid ayat 25
[18] Surah
ar-Ra’du ayat 17
[19] Surah
al-Waqi’ah ayat 71
[20] Surah
an-Nahl ayat 14
[21] Surah
an – nahl ayat 80
[22] Surah
al-ghaasiyah ayat 15-16
[23] Surah
Ibrahim ayat 32
[24] Surah
an-Nahl ayat 112
[25] Surah
al-haj ayat 23
[26] Ibid hal
28
[27]
Dr.Ismail Koksal , Taghaiyurul ahkam fi as-Syariah al-Islamiyah , hal 220
[28] Biro
teks Universiti Teknologi Mara , Ekonomi Islam , hal 87
[29] Dr Muhammad Imran Usmani, Canonical
Shariah Contracts Applied To Modern Finance
[30]
Dr.Ab.Mumin Ab Ghani , Sistem Kewangan Islam dan Perlaksanaannya di Malaysia ,
hal 280
[31]
Surahtahman Kastin Hasan , Ekonomi Islam ,hal 19.
[32] Abbad
M.Z , Deformed Capitalism , The Agrarian Question and The Islamization In
Muslim States :A Conceptual Scheme , hal 161
[33]
Dr.Saiful Azhar Rosli , Kertas Kerja “Menegakkan Negara Islam Progresif
Berasaskan Pembangunan Ekonomi dan Industri .
[34] M.A
Mannan , Ekonomi Islam :Teori dan Praktis , jld 1 ,hal 151
[35]
http://www.geocities.com/hualian_studentclub
2:00 PG
aziz


Posted in: 

0 comments:
Catat Ulasan